Liverpool berkunjung ke Goodison Park yang kurang 1km dari Anfield.

Mereka berdepan dengan Everton yang memiliki rekod permulaan kemenangan 100% selepas 4 perlawanan.

Liverpool pula masih segar dengan kekalahan memalukan di tangan Aston Villa sebelum ini. Di mana mereka tewas 7-2 di Villa Park.

Liverpool di depan seawal minit ke-3 menerusi Sadio Mane yang merembat kemas hantaran Andy Roberton.

Namun selepas itu Everton menyamakan kedudukan menerusi Michael Keane yang menanduk masuk menewaskan Adrian yang gagal melakukan lebih baik.

Sebelum gol itu, Liverpool menelan perkhabaran kurang menyenangkan di mana Virgil Van Dijk dikeluarkan kerana cedera selepas dibentes oleh Pickford.

Penjaga gol Everton itu bernasib baik kerana masih berada atas padang.

Ekh0qbRVgAoIYcD

Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan menerusi satu half volley pada minit ke-72. Ianya selepas Yerry Mina gagal mengeluarkan bola lebih kemas.

Itu adalah gol ke-100 Mohamed Salah untuk Liverpool. Menjadikan beliau yang ketiga terpantas melakukannya di dalam sejarah kelab.

Gol itu tak bertahan lama apabila Calvert Lewin membalasnya menerusi tandukan cantik menewaskan Adrian.

Calvert Lewin yang terus cemerlang, telah melonjak tinggi menewaskan Andy Robertson.

Pada minit akhir Richarlison dilayangkan kad merah kerana menapak Thiago Alcantara.

Liverpool kemudian mendapat gol menerusi Jordan Henderson.

Namun malang sekali euforia itu direntap oleh VAR yang menyatakan Sadio Mane ofsaid.

Ramai berpendapat ianya tidak ofsaid.

Perlawanan berakhir dengan 2-2. Everton meneruskan rekod tanpa kalah. Liverpool pula meneruskan rekod tanpa kalah terpanjang dalam derbi ini.

Baca juga perkembangan lain

12 Pemain Dan Staf Montpellier Positif Covid-19, Namun Harus Terus Beraksi

Pesan Kaka Kepada Milan: “Tiru Jerman Dan Elak Jadi Arsenal Yang Tak Menang Apa Apa”

Pertemuan Zlatan vs Lukaku Dalam Derbi, Pastinya Menarik

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group