Sebentar tadi baru sahaja selesai majlis undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 bertempat di AFC House, Bukit Jalil

Malaysia yang berjaya memecah masuk ke balang undian ke-4 selepas berjaya mengutip mata FIFA Ranking yang baik sebelum ini telah diundi berada dalam kumpulan G bersama-sama UAE, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dalam kumpulan G, Malaysia berada diposisi G4, dan perlawanan pertama bagi pusingan ke-2 akan bermula pada 5 September 2019. Berikut adalah tentatif tarikh perlawanan untuk rujukan.

Perlawanan 1 5 September 2019
Perlawanan 2 10 September 2019
Perlawanan 3 10 October 2019
Perlawanan 4 15 October 2019
Perlawanan 5 14 November 2019
Perlawanan 6 19 November 2019
Perlawanan 7 26 March 2020
Perlawanan 8 31 March 2020
Perlawanan 9 4 June 2020
Perlawanan 10 9 June 2020

Keputusan penuh undian pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia China 2023 adalah seperti berikut:

Kumpulan A

China
Syria
Filipina
Maldives
Guam

Kumpulan B

Australia
Jordan
Chinese Taipei
Kuwait
Nepal

Kumpulan C

Iran
Iraq
Bahrain
Hong Kong
Kemboja

Kumpulan D

Arab Saudi
Uzbekistan
Palestin
Yemen
Singapura

Kumpulan E

Bangladesh
Oman
India
Afganistan
Qatar

Kumpulan F

Japan
Kyrgyzstan
Tajikistan
Myanmar
Mongolia

Kumpulan G

UAE
Vietnam
Thailand
Malaysia
Indonesia

Kumpulan H

Korea Selatan
Lebanon
DPR Korea
Turkmenistan
Sri Lanka

Selamat maju jaya Malaysia! Peluang ke Piala Asia China 2023 sangat cerah!