Sebentar tadi baru sahaja tamat majlis undian pusingan kelayakan kejohanan AFC U23 2020 di AFC House, Bukit Jalil.

44 pasukan akan bertanding dalam pusingan kelayakan bagi menentukan 16 pasukan terbaik (termasuk tuan rumah pusingan akhir, Thailand) dari 11 kumpulan dimana juara setiap kumpulan serta 4 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke pusingan akhir AFC U23 2020 di Thailand.

Hasil undian itu tadi, Malaysia berada dalam kumpulan J bersama-sama China, Laos dan Filipina. Dari undian ini juga, mungkin China adalah penghalang terbesar skuad Ong Kim Swee untuk muncul sebagai juara kumpulan seterusnya mengesahkan tempat ke pusingan akhir tanpa perlu menunggu kedudukan 4 naib juara kumpulan terbaik.

Keputusan penuh undian pusingan kelayakan AFC U23 2020

undian kelayakan afc u23 2020

Perlawanan pusingan kelayakan kumpulan J akan diadakan di Malaysia dari 22 hingga 26 Mac 2019.

Jadual perlawanan pusingan kelayakan AFC U23 melibatkan pasukan Malaysia;

  1. 22 Mac 2019: Malaysia bertemu Filipina
  2. 24 Mac 2019: Laos bertemu Malaysia
  3. 26 Mac 2019: Malaysia bertemu China