Penolong ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag menegaskan beliau sukar untuk menerima keputusan seri 2-2 ketika pasukannya bertemu Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Shah semalam.

Kedah mendahului 2-1 pada separuh masa kedua sebelum Kipre Tchetche menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan memasuki masa kecederaan. TFC menggunakan peluang sebaiknya untuk mencari gol kedua selepas Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Azmeer Yusof dibuang pada pada minit ke-69.

“Sukar untuk saya menerima keputusan seri. “Apapun saya harus berterima kasih kepada semua pemain kerana memperagakan aksi terbaik walaupun kekurangan seorang pemain pada 20 minit terakhir perlawanan.

“Kita cuba bertahan untuk lakukan dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan jumlah jaringan 2-1 hingga masa kecederaan, tapi apa boleh buat, inilah bola sepak,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah Victor, ketiadaan pemain sayap, Azamuddin Akil yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan sedikit-sebanyak menjejaskan rentak permainan khususnya di bahagian serangan.

Azamuddin Akil
Sumber Gambar: Kedah FA

“kita terpaksa mengubah strategi, ini ditambah pula tiga pemain tonggak kita iaitu Jonathan Bauman, Ifwat Akmal dan Rizal Ghazali yang mengalami kecederaan.

“Namun begitu pemain tidak tertekan dan`set piece’ menjadi sehingga berjaya dapatkan gol awal dan gol kedua melalui situasi sama,” tambahnya

Kedah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi percubaan Shakir Hamzah pada minit ke-4. Pemain tengah Terengganu, Shanjar Shaakhmedov kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-33. Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar kembali meletakkan Kedah di hadapan sebelum Kipre menjaringkan gol kedua TFC pada minit terakhir permainan.