Simon Kjaer telah menjadi wira sebenar di mata peminat bola sepak. Beliau merupakan pemain pertama yang respon kepada detik cemas di mana Christian Eriksen tiba tiba rebah di tengah padang.

Insiden itu berlaku ketika aksi berbaki 5 minit pada separuh masa pertama.

Kjaer dengan pantas dan tidak panik terus memastikan ruang udara Eriksen tidak tersumbat dengan cuba memastikan pemain itu tergigit lidahnya sendiri. Itu adalah komplikasi paling bahaya untuk serangan jantung dan boleh membawa maut.

Kjaer memastikan posisi badannya dalam keadaan terbaik untuk melakukan bantuan CPR – bantuan pernafasan mulut ke mulut. Ianya dilakukan dengan cekap sekali.

Doktor kemudian bergegas masuk ke dalam padang dan CPR ke atas Eriksen diteruskan.

Kjaer kemudian mengajak pemain pemain Denmark kemudian membuat ‘human shield’. Satu imej yang pasti akan ikonik dalam sejarah bola sepak.

Mereka berbuat demikian agar penyokong penyokong di dalam stadium, di rumah tidak melihatnya — serta media tidak merakam – rakan mereka yang sedang bertarung nyawa dirawat di atas padang.

Seterusnya Kjaer dan Kasper Schmeichel menenangkan isteri Eriksen yang menangis.

Beliau mendapat rawatan daripada pegawai perubatan selama 20 minit sebelum diusung keluar. Ramai yang bimbang keadaan tidak diingini berlaku.

Namun imej di mana Eriksen dengan matanya terbuka memberikan harapan kepada semua pihak dan ramai berharap pemain itu terus stabil.

Keadaan Eriksen disahkan stabil oleh UEFA dan FA Denmark. Ejen Eriksen sendiir menyatakan Eriksen kembali sedarkan diri serta bercakap dengan rakan rakannya, malah berkata dia mahu mereka meneruskan perlawanan.

Selain itu, tindakan pengadil perlawanan, Anthony Taylor yang pantas menghentikan perlawanan juga dipuji. Kerana tindakannya membolehkan staf perubatan masuk segera ke atas padang dengan pemain pemain Denmark boleh membentuk human shield tersebut.

https://twitter.com/PaulSenior1/status/1403815019242999808

Eriksen dibawa terus ke hospital yang berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut.

Denmark_Finland_Euro_2020_Soccer_35931

Peminat dan tokoh di media sosial memberikan terima kasih kepada Kjaer dan menganggpnya sebagai pemimpin dan perwira sejati.

Malah ada yang meminta agar pemain terbaik kejohanan musim ini diberikan terus kepada kapten Denmark itu di atas tindakan pantasnya.

Seterusnya, ramai juga yang gembira kerana pemain pemain Denmark ternyata dibekalkan dengan ilmu bantuan kecemasan yang sangat berguna. Begitu juga dengan pengadil serta staf perubatan yang bertindak pantas.

Baca juga artikel:

Rebah Secara Tiba-Tiba, Doa Semua Buat Christian Eriksen

Euro 2020: Wales, Switzerland Berkongsi Mata Di Baku

Euro 2020: Joel Pohjanpalo Muncul Wira Finland Tundukkan Denmark