Eden Hazard sekali lagi menunjukkan aksi buruk bersama dengan Real Madrid terutama sekali dalam perlawanan besar berdepan dengan Chelsea di separuh akhir UCL.

Zidane sekali lagi menunjukkan kepercayaan beliau kepada Hazard. Perkara yang tidak berlaku kepada Gareth Bale, walaupun pemain itu seringkali menjaringkan gol penting untuk perlawanan penting Zidane dan Madrid.

Kepercayaan Zidane kepada Hazard

Hazard sekali lagi disahkan pulih daripada kecederaan. Dan Zidane terus memilihnya dalam kesebelasan utama. Zidane sentiasa percaya bahawa pemain berusia 30 tahun itu akan menjadi pemain istimewa kelab seperti mana Cristiano Ronaldo – walaupun bukan menjadi pengganti secara terus kepada legenda Madrid itu.

Namun akhirnya Zidane sekali lagi gagal mendapatkan hasil daripada Hazard. Lebih menyakitkan jutaan peminat Madrid di seluruh dunia melihat Hazard bersuka ria selepas tamat perlawanan, ketawa bersama Kurt Zouma.

Membuatkan peminat Real Madrid marah dan membandingkan semangat Hazaard dan Ronaldo yang bagai langit dan bumi untuk kelab dianggap terbesar di dunia itu.

Zidane berkata selepas perlawanan: “Hazard harus bermain lebih banyak perlawanan untuk mendapatkan semula keyakinannya sedikit demi sedikit.”

Jelas sekali bahawa Zidane sangat percayakan pemain yang dia sendiri akui menjadi orang pertama mendesak perpindahan bintang Belgium itu dari Chelsea.

Malang sekali, sejak tiba di Madrid, cerita Hazard lebih banyak kepada cerita berat badan, cerita kecederaan dan cerita kegagalan beraksi di tahap yang diharapkan.

Sejak terkena bentesan Thomas Meunier dalam aksi berdepan PSG pada 2019, Hazard masih tidak lagi benar benar pulih sepenuhnya. Sejak itu Hazard mencatatkan 10 siri kecederaan, 389 jari berehat kerana kecederaan ataupun 50 perlawanan tak terlibat. Itu angka yang mengejutkan.

Penyokong Real Madrid sangat setia mempertahankan Hazard. Namun gambar beliau bergelak dan berjenaka dengan Kurt Zouma tidak begitu disenangi oleh mereka. Malah ramai yang mulai berpaling tadah.

Walaupun Hazard secara keseluruhannya menjadi pemain paling banyak berlari, tetapi para peminat mahukan hasil yang lebih baik dan produktif.

E0siqFXXsAAqI_p

Vinicius menjadi mangsa

Vinicius Jr menikmati prestasi luar biasa ketika berhadapan dengan Liverpool di posisi sayap kiri. Namun kerana kehadiran Hazard, pemain itu ditolak ke posisi bek sayap kanan. Ianya serba sedikit memberikan impak kepada permainan pemain tersebut yang kelihatan tidak terurus.

Ini membolehkan Hazard bermain sebagai penyerang kedua di belakang Karim Benzema.

Hazard gagal memberikan impak lebih baik. Namun Zidane tetap mengekalkan Hazard dan mengeluarkan Vinicius. Bukti bahawa Hazard adalah pemain yang terus mendapat peluang daripada Zidane.

Tekanan situasi Hazard

Dilaporkan Zidane kini dalam tekanan untuk meyakinkan pengurusan tertinggi Real Madrid tentang keupayaan sebenar Hazard bersama dengan mereka.

Sebelum ini sudah ada desas desus pengurusan tertinggi Real Madrid mahu Hazard dijual pada harga lebih rendah dan mencari pemain bintang baharu pada musim hadapan.

Hazard merupakan pemain termahal dalam sejarah Real Madrid. Namun masih ramai juga yang mahukan Hazard terus kekal. Kerana menurut mereka Hazard sekarang sedang bermain untuk pasukan Madrid yang sedang ‘mati’ berbanding dengan sebelum ini.

Mereka berharap Hazard akan menjadi triden untuk gandingan Kylian Mbappe, Karim Benzema dan Hazard – untuk membangkitkan semula kekuatan Madrid. Namun PSG baru baru ini menyatakan mereka tak akan menjual Mbappe kepada Real Madrid.

Dari sudut perniagaan, lembaga pengarah Real Madrid lebih memikirkan bahawa Hazard telah membawa kerugian kepada kelab dan lebih baik pemain itu dijual segera.

Baca juga artikel

Mason Mount Sindir Kroos Selepas Komen Pemain Itu Tentang Chelsea

Rio Ferdinand Tak Iktiraf Treble City Sebagai Treble Sebenar Jika Mereka Menang UCL, EPL Dan Piala Liga

UCL: Guardiola Dedahkan Rahsia Kemaraan City Kerana Percaya Pada Proses Sejak 5 Tahun Lalu