Kylian Mbappe merupakan bintang yang dikaitkan dengan banyak kelab ketika ini. Beliau masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan dengan PSG.

Real Madrid dan Chelsea antara dua pasukan yang dikaitkan dengan bintang PSG itu. Mbappe pemain muda yang sangat berbakat dan laju.

Real Madrid sudah lama mengintai bintang muda Perancis itu. Dan dengan kualiti serangan mereka yang ada, Real Madrid jelas perlukan penambahbaikan.

Namun kenyataan terbaru Kylian Mbappe kepada Diario Sports mungkin akan membuatkan Real Madrid mempertimbangkan masa depan Hazard.

Mbappe menyatakan bahawa beliau mahu bermain di posisi sayap kiri. Posisi yang membolehkan beliau menjadi inverted winger. Pada ketika ini posisi tersebut milik Neymar.

Mbappe beralah ke posisi sayap kanan ataupun nombor sembilan.

Pada ketika ini di Real Madrid posisi sayap kiri adalah milik Eden Hazard, Asensio dan juga Vinicius Jr.

Mbappe sudah menegaskan bahawa sudah tiba masanya beliau konsisten dengan pernana terbaiknya. Namun Mbappe juga sukakan peranan nombor 9.

Eden Hazard masih gagal menunjukkan prestasi untuk tanda harga €120 juta padanya. Beliau bergelut dengan kecergasan dan masalah berat badan.

Adalah Real Madrid akan mempertimbangkan untuk mendapatkan Mbappe secara serius? Kerana Hazard masih ada kontrak yang panjang.

Ataupun mereka kekal dengan Hazard dan menunggu hasil terbaik daripada pemain tersebut pada musim mendatang.

Baca juga perkembangan lain

16 Terakhir UEL: ‘Derbi’ Zlatan Dan ‘Jodoh’ Arsenal-Olympiakos Yang Sangat Kuat

UEL: Lihat Detik Arsenal Mara Dengan Dramatik Atasi Benfica

UEL: Lihat Detik Arsenal Mara Dengan Dramatik Atasi Benfica