Dalam satu sidang media bersama Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), telah mencetuskan rasa kurang senang penyokong Kedah terhadap kenyataan yang diberikan oleh beliau.

Dari maklum balas komen di laman sosial, hampir semua komen telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan apa yang diperkatakan oleh presiden KFA itu yang dilihat tidak mencerminkan pengurusan skuad itu berada dilandasan yang betul.

komen

Untuk menyaksikan sesi sidang media tersebut, sila tonton video dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Posted by The Red Eagle – Helang Merah on Wednesday, 9 September 2020

Sidang media itu dikatakan berkenaan isu penswastaan pasukan Kedah, namun beberapa soalan yang diajukan oleh wartawan lebih terarah kepada isu ketua jurulatih pasukan Aidil Sharin yang dikhabarkan akan menyertai pasukan Perak, selain beberapa perkara lain mengenai struktur gaji pemain serta status kontrak untuk dilanjutkan.

Presiden KFA juga menyeru pemain-pemain anak jati Kedah untuk pulang menabur budi di Kedah, beliau juga menyebut bahawa tidak ada pekerjaan yang lebih baik dari mencari makan ditempat sendiri.

tenor

Ini bukanlah pertama kali presiden KFA memberikan kenyataan yang tidak menyakinkan kepada media seterusnya menyebabkan penyokong-penyokong pasukan Kedah seolah-olah hilang kepercayaan atas kapasiti beliau untuk menerajui persatuan bola sepak negeri itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

FAM ‘Reject’ Permohonan FA Thailand Untuk Dapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Sumareh Ke Police Tero FC

Mokhtar Dahari Sebenarnya Berada Di Ranking Ke-3 ‘All Time International Goal Scorer’ Dibelakang Cristiano Ronaldo Dan Ali Daei

Kem Vietnam ‘Kalut’ Filip Nguyen Terima ‘Call Up’ Skuad Kebangsaan Republik Czech Bertemu Scotland Dalam UEFA Nations League

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group