Gambar kesebelasan utama pasukan AMD B16 yang bertanding dalam kejohanan Piala Belia menjadi tumpuan apabila kelihatan dengan jelas bahawa jersi yang digunakan dalam perlawanan itu ada yang sudah tertanggal logonya dan ini telah menjadi satu persoalan adakah NFDP sudah ‘kering’ atau ‘sengkek’?

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Harian Metro hari ini, jersi tersebut merupakan jersi lama yang pernah digunakan oleh skuad terdahulu termasuk Luqman Hakim Shamsudin yang kini dilihat beraksi dengan skuad Selangor II.

89931205_208218333862923_2095059972969725952_o

Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan melahirkan rasa kecewa beliau dan mengakui sanggup menghulurkan bantuan sekiranya NFDP kini berdepan dengan masalah kewangan.

“Kenapa Team AMD pakai jersi lama, logo pun dah tercabut? Susah sangat mai jumpa saya,” kata Khairy Jamaluddin yang memberi komen di Instagram rasmi NFDP.

Komen Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh pengendali atau admin laman sosial Instagram berkenaan, dan mungkin ada penjelasan yang perlu dibuat oleh pihak NFDP untuk menjawab persoalan ini.

Kemaskini 9.30PM, 19 Mac 2020: Pihak NFDP telah memuat naik kenyataan rasmi berkenaan perkara ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

PJ City FC Sah Tandatangan Bekas Pemain Pertahanan Buriram United, Berpengalaman Dalam Aksi AFC Champions League

Penyokong Terengganu ‘Panas Kepala’ Dengan Tindakan Pengurusan Pasukan, Apa Logik Mohon Penangguhan?

Aidil Sharin:”Saya Lakukan Perubahan Kerana Mahu Menggunakan Shakir Hamzah Buat Serangan Disebelah Kiri”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group