Deretan kelab di Eropah mahukan Tanguy Ndombele. Namun pemain itu menyertai Spurs dan dianggap salah satu pembelian paling mengujakan dan terpenting Mauricio Pochettino.

Ramai peminat Spurs merasakan Ndombele akan menjadi pembelian Fabinho di Liverpool yang menstabilkan bahagian tengah dan mulai memberikan mereka piala.

Beliau pada awalnya dirasakan tidak bermain di bawah Mourinho kerana isu kecergasan dan dijangka akan menjadi pemain penting pengurus baharu itu.

Namun tidak. Selepas kembali cewrgas, beliau hanya mendapat 142 minit sahaja di bawah Mourinho.

Sedangkan musim sebelumnya beliau bermain hampir setiap minggu.

Mourinho dan Ndombele kemudian dilaporkan tidak sehaluan. Ini selepas Mourinho mengecam secara terbuka pemain itu sebelum lockdown.

Ndombele kemudian dikatakan bengang dan memberitahu para pemain lain bahawa beliau tak akan bermain lagi di bawah Mourinho.

Amat menyedihkan kerana ketika ini ramai yang sudah melupakan nama Tanguy Ndombele.

Kini Daniel Levy dilaporkan memberikan sokongan kepada Mourinho dan mahu menjual pemain itu dalam perpindahan akan datang.

Adakah Spurs akan melakukan kesilapan dengan menjual pemain itu? Ataupun mereka akan mendapat pemain lebih baik untuk Mourinho?

Berdasarkan rekod, Mourinho hanya kekal di sesebuah kelab itu paling lama pun 3 musim. Dan mereka kini dalam usaha untuk menjual pemain yang tidak dimahukan Mourinho dalam pasukan mereka.

Mourinho sudah menyatakan bahawa beliau dan Ndombele tiada masalah dan pemain itu kekal menjadi sebahagian daripada opsyen beliau.

Mourinho juga menyatakan bahawa pemain itu berpeluang untuk mengubah nasibnya di kelab itu dan percaya bahawa Ndombele adalah pemain yang bagus.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: Leroy Sane Milik Bayern Kerana Mahu Juarai UCL

Chelsea Kalah Pada Hari Tayang Jersi Baharu

EPL Rasmi Guna Bola Nike Flight Ini Musim Depan