Hanya pada minit ketiga perlawanan, Ecuador menjaringkan gol pembukaan dalam aksi Piala Dunia 2022 menentang Qatar, malangnya gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Enner Valencia mungkin boleh mencetak hatrik jika gol itu tidak dibatalkan. Kerana pemain itu kemudian mencetak 2 gol lagi.

Jika gol itu tidak dibatalkan oleh VAR, ianya akan menjadi gol terpantas pernah dijaringkan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Terdapat banyak kekeliruan di kalangan peminat, mempersoalkan kenapa gol awal Ecuador itu boleh ofsaid?

Gol itu terhasil daripada situasi kelam kabut dan kesilapan penjaga gol Qatar yang keluar untuk memenangi bola tetapi gagal.

FIFA mengeluarkan gambar animasi 3D hasil daripada analisis teknologi ofsaid semi automatik mereka.

Dalam penjelasan itu, penyeran Michael Estrada dikatakan berada pada kedudukan ofsaid ketika Pervis Estupinan berduel dengan penjaga gol Qatar, Saad Al Sheeb.

VAR menjelaskan bahawa kaki Estrada beberapa inci ofsaid ketika dia memenangi bola daripada penjaga gol.

Dalam peraturan ofsaid:

Seorang pemain berada dalam kedudukan ofsaid jika dia lebih dekat dengan garisan gol lawannya daripada kedua-dua bola dan lawan kedua terakhir.

Pemain dalam kedudukan ofsaid hanya dihukum jika, dia di kedudukan ofsaid pada masa bola dilepaskan atau dimainkan oleh salah saeorang pemain pasukannya.

Dan pemain tersebut pada pendapat pengadil, terlibat dalam permainan aktif dengan mengganggu permainan, mengganggu pihak lawan, atau mendapat kelebihan dengan berada dalam kedudukan itu.

Dan jika bola tersebut sampai ke kaki pemain penyerang hasil daripada kesilapan pemain lawan, maka pemain itu tidak dikira ofsaid.

Namun peraturan ofsaid yang lain adalah, pemain harus berada di belakang 2 pemain lawan ataupun 2 pemain terakhir [last man]. Pemain terakhir itu tidak semestinya penjaga gol. Asalkan ada 2 pemain terakhir di hadapan pemain penyerang ketika dia menerima bola maka, dia adalah onside.

Kecuali pemain itu menerima bola di kawasan sendiri, maka peraturan ofsaid 2 pemain terakhir tidak terpakai.

Jadi, lihat insiden Kepa Arrizabalaga ini, dia masuk ke atas untuk memastikan pemain lawan ofsaid:

https://twitter.com/FelixJohnston_/status/1546814621230792705

Dan Mexico pernah terkena peraturan 2 pemain lawan terakhir ini. Jadi situasi ini dianggap sama dengan situasi melibatkan Mexico.

Dalam kes ini penjaga gol telah menjadi ‘last man’ untuk garisan ofsaid bertukar dengan pemain pertahanan. Cuma dalam kes Ecuador ini, yang ofsaid adalah pemain pada pertama menerima bola di dalam kotak penalti, bukan penjaring gol.

Saksikan video ini:

Walaupun penjelasan dibuat oleh FIFA, namun masih ramai merasakan bahawa bola gol itu sepatutnya sah. Antaranya Gary Lineker yang menganggap bahawa gol itu sah.

Tetapi FIFA bertegas bahawa sistem pengesanan ofsaid semi automatik mereka adalah cukup bagus dan sangat boleh harap.

Ada juga yang berlapang dada menerima penjelasan FIFA itu.

Seorang lagi pakar ulasan bola sepak,  Dale Johnson berkata, FIFA seharusnya mengeluarkan video animasi 3D itu secepat mungkin untuk dilihat di stadium dan di rumah. Dan dia bersetuju bahawa ianya ofsaid.