Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda menyaksikan aksi di antara Hungary dan Portugal pada awal pagi tadi waktu Malaysia, anda akan dapati penyokong memenuhi stadium di Puskas Arena.

Sebenarnya Pukas Arena dibenarkan untuk menerima kapasiti hampir penuh iaitu sebanyak 61,000 penonton. Menjadikan ia jumlah penyokong paling ramai dalam aksi bola sepak Eropah sejak pandemik melanda.

Jumlah itu 3 kali lebih banyak daripada Wembley beberapa hari lalu dengan 18,497 penonton berada di dalam stadium untuk menyaksikan perlawanan di antara England dan Croatia.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban adalah peminat tegar sukan bola sepak. Dan setelah banyak melabur dalam bola sepak sejak sedekad yang lalu – parlimen beliau memutuskan agar Hungary memanfaatkan sepenuhnya peluang luar biasa bagi negara mereka.

“Pemerintah tahu Euro akan datang ke sini sekali dan mungkin tidak akan ada di sini selama bertahun-tahun selepas ini. Jadi ini adalah peluang bagi mereka untuk menunjukkan dan mengekspresikan diri mereka,” kata sumber dalaman negara tersebut kepada Athletic.

Sebenarnya angka kes COVID-19 masih agak membimbangkan di Hungary, oleh sebab itu ramai yang tidak faham kenapa stadium penuh?

Jawapannya sangat mudah: pemerintah dan perdana menteri Hungary sangat menyukai bola sepak, dan mereka tahu betapa pentingnya Euro ini untuk pasukan kebangsaan dan negara.

Mereka mencari solusi agar sukan ini dimainkan dalam kapasiti penyokong yang besar. Ianya akan menjadi penting untuk promosi negara serta perlancongan sukan mereka.

Dengan penjualan tiket yang banyak, ia juga membantu menggerakkan ekonomi di negara mereka menerusi acara besar ini.

Orban sebelumnya telah menyatakan bahawa dia menginginkan sebanyak mungkin peminat di stadium kebangsaan musim panas ini.

Lalu kerajaan memutuskan bahawa, vaksin yang akan datang kepada peminat bola sepak bukannya peminat yang menunggu vaksin.

Bagaimana?

Setiap orang yang berdaftar sebagai pemegang tiket Euro pasti akan diberikan vaksin serta merta menerusi peruntukan vaksin khas kepada sektor sukan.

Dan dengan adanya kad vaksinasi, maka mereka akan berpeluang untuk berada di dalam acara ini.

Tidak seperti di England, penonton harus mengemukakan sijil yang mengesahkan bahawa mereka telah menjalani suntikan vaksinasi sebelum mereka dibenarkan masuk ke stadium.

Tindakan Hungary ini memang agak menarik untuk dunia sukan. Kerana mereka melihat industri sukan sebagai sumber kepada ekonomi mereka pada masa yang sukar ini. Setiap negara bergelut untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

Hungary melihat Euro adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

Misalnya dalam aksi pembukaan adanya Cristiano Ronaldo yang merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Portugal

Ditambah pula dengan dua gol Ronaldo dalam kemenangan 3-0. Menjadikan suasana di Puskas Arena adalah suasana bola sepak sebenar yang dirindui peminat.

Berikut adalah jumlah kapasiti stadium penganjur perlawanan Euro 2020:

  • Johan Cruyff Arena, Amsterdam, Belanda (12,000)
  • Stadium Parken, Copenhagen, Denmark (12,000)
  • Hampden Park, Glasgow, Scotland (13,000)
  • Arena Nationala, Bucharest, Romania (13,000)
  • La Cartuja, Seville, Sepanyol (13,165)
  • Allianz Arena, Munich , Jerman (14,500)
  • Stadio Olimpico, Rome, Itali (17,500)
  • Stadium Wembley, London, England (22,500)
  • Stadium Olimpik, Baku, Azerbaijan (34,000)
  • Stadium Krestovsky, Saint Petersburg, Rusia (34,000)
  • Puskas Arena, Budapest, Hungary (67,000)

Baca juga artikel

Euro 2020: Jaringan Sendiri Hummels Ceriakan Perancis Di Munich

Euro 2020: Rekod Peribadi Ronaldo Serikan Kejayaan Portugal Atasi Hungary

Ronaldo Bengang Dengan 2 Botol Coca Cola Dan Mengalihkannya

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group