Tahun lepas, pengeluar barangan sukan terkenal Thailand, Warrix telah diumumkan sebagai pembekal bola rasmi Piala Suzuki AFF 2020 yang akan digunakan dalam setiap perlawanan.

Bola tersebut dinamakan sebagai “Asean Pulse” yang bermaksud Nadi Asia Tenggara. Ia merupakan lambang semangat serta persahabatan negara anggota ASEAN. Rekabentuk coraknya diilhamkan oleh ‘nadi’ yang menunjukkan irama dan pergerakan penduduk di semua negara Asia Tenggara.

Terdapat juga corak keemasan terapung pada bola ini yang diinspirasikan daripada kisah “Suvarnabhumi” iaitu tanah emas.

Tanah itu telah digelar oleh dunia sebagai kaya dengan senyuman dan persahabatan. Tanah yang kaya dengan sumber alam serta menjadi jambatan penghubung perdagangan dari Timur ke Barat dari dahulu hingga kini.

Selain itu, bola tersebut diperbuat daripada kulit Polyurethane (PU) serta menggunakan teknologi Thermo Bonded untuk memastikan pergerakan bola menjadi lebih lancar dan tidak mudah menyerap air.

Ini akan menyebabkan bola menjadi sedikit berat ketika dalam keadaan padang basah (hujan lebat) sekaligus memudahkan pemain membuat hantaran dengan lebih tepat.

Bola ini juga menerima pengiktirafan daripada  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan status ‘Quality Pro’ dan sesuai digunakan dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti saingan Piala Suzuki AFF 2020.

Selain bola rasmi, Warrix juga turut akan membekalkan jersi yang dipakai oleh pengadil dan budak pengutip bola, selain bibs dan juga lilitan ketua pasukan. Jenama ini merupakan pengeluar jersi rasmi juara lima kali Piala AFF Suzuki, pasukan kebangsaan Thailand bermula 2017 lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Piala Suzuki AFF 2020: Shin Tae-yong Mahu Panggil Jordi Amat Dan Sandy Walsh Perkuatkan Indonesia

Piala Suzuki AFF 2020: Chanathip Songkrasin Dan Theerathon Bunmathan Kembali Sertai Skuad Thailand

Piala Suzuki AFF 2020: Hein Htet Aung Dan Aung Kaung Mann Dipanggil Sertai Skuad Myanmar

Modal Keras Menanti Ekor Harimau Malaya Ke Singapura, Kos VTL Sahaja Sekitar RM800 Seorang

Piala Suzuki AFF: Singapura Buat Persiapan Di Dubai, Atur Aksi Persahabatan Menentang Kyrgyzstan Dan Morocco

Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020

Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa