Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim kini sudah berada di Belgium bagi menyertai kelab baharu beliau, KV Kortrijk.

Luqman disambut baik oleh pihak Kortrijk dimana kelab itu turut mengumumkan ketibaan Luqman di laman media sosial rasmi pasukan.

Setibanya Luqman di Belgium, kini yang menjadi persoalan ialah sama ada pemain berusia 18 tahun itu akan beraksi bersama skuad pembangunan ataupun bersama skuad utama.

Jika Luqman terus diberi kepercayaan untuk beraksi dalam skuad utama, maka beliau perlu bersaing dengan penyerang yang sebelum ini diturunkan dalam kesebelasan utama iaitu Terem Moffi.

Mengikut perkongsian Pemain Ke-12 di laman Twitter, Moffi menyertai Kortrijk pada awal musim ini setelah cemerlang di saingan Liga Lithuania dimana pemain itu menjaringkan 20 gol dalam 29 perlawanan.

Setakat ini, bersama Kortrijk Moffi telah menjaringkan 4 gol dalam 7 penampilan sekaligus menarik minat kelab seperti Anderlecht dan Galatasaray untuk mendapatkan khidmat beliau.

Luqman perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dapat menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan baharu beliau.

Apa yang pasti, Luqman perlu menampilkan persembahan terbaik dan sentiasa konsisten bagi memastikan beliau menjadi pilihan pengurus pasukan, Yves Vanderhaeghe untuk mengisi kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana