Setelah terpalit dengan isu penggunaan dadah jenis kokain, Ken Ilso Larsen dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara daripada bola sepak profesional di semua peringkat.

Berita yang tersebar di media sosial mengatakan Larsen memberitahu Persatuan Pemain Profesional Denmark beliau mahu menggantung but susulan penggantungan dua tahun yang dikenakan ke atasnya.

Ujian yang dijalankan terhadap penyerang berusia 32 tahun itu mendapati beliau positif benzoylecgonine – sejenis bahan utama yang terdapat dalam kokain dan kini Larsen berada dalam siasatan oleh pihak berkuasa Anti-Doping Australia (ASADA).

Setelah keputusan ujian dan penggantungan yang dikenakan terhadap Larsen diketahui ramai, Persatuan Bola Sepak Austraia (FFA) menjelaskan hukuman tersebut merupakan perkara mandatori dibawah peraturan anti-doping negara itu.

Sebelum berhijrah ke saingan A-League, Ken Ilso pernah beraksi bersama Kedah dan juga Pulau Pinang dalam saingan Liga Malaysia. Beliau membantu skuad Lang Merah menjuarai Piala FA pada 2017 dimana Kedah menewaskan pasukan Pahang di pentas akhir.

Baca artikel lain mengenai Ken Ilso Larsen di sini:

Bekas Pemain Kedah Positif Dadah Dan Digantung 2 Tahun