Kualiti penyudah cukup berbisa dimiliki Harry Kane sememangnya satu perkara yang tidak perlu lagi untuk diperdebatkan sekiranya melihatkan kepada jaringan-jaringan pernah dihasilkannya.

Pelbagai kejayaan peribadi telah diraih penyerang berusia 27 tahun itu sepanjang bersama Tottenham Hotspur dan skuad kebangsaan England. Yang terbaharu, Kane telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan bersempena Anugerah Bola Sepak London 2021.

Beliau hanya memerlukan 57 jaringan untuk bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab berpangkalan di London itu. Beliau pada ketika ini sudah mencetak 164 jaringan. Sementara itu, Kane perlu meledakkan 20 jaringan sahaja lagi bagi menjadi memegang status yang sama buat England.

Bagaimanapun terdapat kekurangan dalam karier yang penuh dengan kegemilangan ini apabila Kane masih tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan bersama Tottenham di mana itu merupakan kerisauan besar buatnya pada ketika ini.

Keadaan yang turut menjurus kepada berkemungkinan beliau akan memilih untuk meninggalkan Tottenham bagi memenuhi impiannya untuk menjulang trofi selepas peluang keemasan untuk menjulang Piala Carabao dinafikan Manchester City pada minggu lalu.

Dengan peluang tertutup untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 serta tersingkir di pusingan kelima Piala FA menyaksikan The Lilywhites dan Kane terus kempunan untuk menjulang piala yang sudah lama diidamkan.

“Apabila saya melihat kembali pada akhir karier, inilah perkara yang akan saya lalui tetapi tujuannya sekarang sebagai pemain adalah untuk memenangi trofi bersama pasukan.”

“Ia merupakan satu perkara yang hebat, saya magu memenangi hadiah yang besar bersama pasukan. Satu perkara yang kami tidak dapat lakukan pada ketika ini,” ujar Kane menurut laporan Sky Sports.

“Ia merupakan satu perkara yang pahir [tidak memenangi kejuaraan]. Saya berbangga kerana memenanginya [Pemain terbaik tahunan], satu musim yang cukup baik di padang.”

Andai dilihat bekas rakan sepasukan Kane, Kyle Walker telah memenangi tujuh kejuaraan bersama Manchester City sebaik sahaja meninggalkan Tottenham Hotspur pada awal musim 2017/18/.

Adakah Kane juga perlu mengambil langkah sedemikian?

Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Kane di bawah:

Harry Redknapp: Kenapa Kane Perlu Ke Man United? Mereka Bukannya Lebih Baik Dari Spurs

Kane Pemain Terhebat Yang Tak Pernah Menang Trofi Major?

Neville Anggap Perpindahan Kane Menepati Tradisi Man United

Sumber