Pengendali skuad B-18 tahun negara, Brad Maloney menzahirkan rasa kelegaan apabila pasukan bimbingannya merakam kemenangan kedua dalam Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 dengan menewaskan pasukan Kemboja 3-0 pada semalam.

Brad memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemainnya dan menegaskan kemenangan yang diraih telah melonjakkan keyakinan di kalangan pemain.

Brad berkata: Persembahan baik daripada pasukan. Mereka menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

brad-maloney

Sumber Gambar: Stadium Astro

“Tiada satu pun perlawanan di sini yang mudah, jadi kemenangan ini sangat bagus buat kami. Lawan selepas ini adalah Australia dan ia tidak mudah. Mereka mengalahkan Thailand dalam aksi terakhir tetapi kami sudah bersedia,” kata Maloney kepada ASEAN Football.

Brad memutuskan untuk melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pasukan dan keputusan tersebut membuahkan hasil apabila pasukan negara berjaya menguasai permainan dan tidak memberikan ruang kepada pemain Kemboja.

Gol pembukaan hadir pada minit ke-18 menerusi rembatan dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan, Muhammad Mukhairi Ajmal.

Muhd Muslihuddin Atiq kemudiannya menjaringkan gol kedua selepas memperdayakan penjaga gol, Vireak Dara sebelum menolak bola pada minit ke-38.

Pemain pertahanan, Muhammad Firdaus Ramli melengkapkan kemenangan 3-0 pada waktu kecederaan babak pertama.

Malaysia akan menentang juara empat kali, Australia pada Selasa ini sebelum bertemu Thailand pada Khamis hadapan.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group