Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino menegaskan kemenangan pasukannya ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanyalah permulaan dan beliau menggesa anak-anak buahnya untuk mengekalkan prestasi semasa.

Dua gol hasil jaringan Teerasil Dangda dan Ekanit Panya berjaya memberikan kemenangan kedua Thailand dalam kempen kelayakan dan meletakkan skuad Gajah Perang di kedudukan teratas kumpulan G.

Menurut Akira, sambil mengucapkan tahniah kepada para pemain, beliau berkata perjalanan pasukannya untuk menjadi salah satu pasukan terbaik di rantau Asia masih lagi panjang.

Kemenangan
Akira Nishino

“Semua pemain bersatu dan kami menampilkan persembahan terbaik menentang UAE kerana kami mempunyai kekuatan yang lebih berbanding mereka.

“Kami telah menunjukkan bahawa kerjasama adalah penting dan ia bukan sahaja mengenai kemahiran individu.

“Untuk mendapatkan keputusan, kami harus beraksi sebagai satu pasukan. Apabila pemain beraksi dengan baik, rakan sepasukan juga akan menampilkan perkara sama dan ini yang terjadi pada perlawanan menentang UAE,” kata Nishino.

Kemenangan
Teerasil Dangda. Sumber Gambar: Changsuek

Selepas perlawanan menentang UAE, Thailand akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menghadapi skuad Harimau Malaya pada 15 November nanti.

Kedua-dua pasukan sudah pasti mahu meraih tiga mata penuh dimana kemenangan bagi Malaysia akan melonjakkan kedudukan dalam kumpulan G. Bagu Thailand pula, tiga mata menentang skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan ketiga.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Theerathon Bunmathan Sah Tidak Dapat Diturunkan Dalam Perlawanan Bertemu Malaysia Di Bukit Jalil

Thailand Terajui Kedudukan Dalam Kumpulan G, Vietnam Dipisahkan Dengan Perbezaan Gol