Acara badminton antara acara yang menjadi perhatian di setiap temasya Sukan SEA termasuk di Kemboja 2023.

Terlalu banyak perkara yang kontroversi dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja tahun ini. Pada acara pembukaan mereka turut membuatkan netizen Indonesia, Vietnam dan Myanmar marah kerana kesilapan pada bendera.

Selain daripada penggunaan ‘tikar getah’ sebagai gelanggang, berlaku kontroversi juga pada beberapa sukan subjektif.

Seterusnya Kemboja juga memanipulasi peraturan naturalisasi, dengan menggunakan atlet yang sepenuhnya import untuk mewakili mereka dalam beberapa acara sukan termasuk hoki, bola keranjang dan badminton.

Satu lagi kontroversi berlaku dalam acara berpasukan campuran badminton.

Di mana Kemboja menjadikan ia acara dengan peraturan khas. Yang harus dipersetujui sebulat suara anggota Asean lain.

Jika tidak, Kemboja mengancam akan tidak mempertandingkan langsung acara badminton.

Bagi acara berpasukan campuran, Kemboja hanya membenarkan 5 negara yang dianggap dari tier 2 acara badminton untuk bertanding iaitu Kemboja, Brunei, Timor Leste, Laos dan Myanmar.

Sementara negara dari tier 1 seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, sama sekali dilarang.

Peraturan larangan itu turut dikenakan ke atas Filipina dan Vietnam. Di mana dua negara itu mempersoalkan kenapa mereka perlu digelar tier 1?

Sedangkan mereka bukan kuasa besar badminton dunia?

Kemboja menyatakan, usaha ini adalah untuk memupuk semangat cintakan sukan badminton di kalangan negara negara yang lemah dalam sukan itu.

Ianya dengan motivasi daripada kejayaan negara negara yang tak pernah menang emas itu kali ini berjaya memenangi emas.

Selepas peraturan dianggap pelik itu, Kemboja mara ke final dan akan berhadapan dengan Myanmar.

Kini Kemboja berpeluang mencipta sejarah unggul dalam sukan negara mereka. Kerana mereka hampir pasti melahirkan jaguh badminton yang memasuki kelab pemenang emas Sukan SEA.

Acara badminton Sukan SEA dianggap berkelas dunia kerana banyak negara yang kuat.

Kini Kemboja akan cuba memahatkan sejarah dalam sukan itu dengan menjadi antara pemenang emas dalam acara badminton.

Netizen berbagi pendapat tentang peraturan ini. Ada yang menganggap Kemboja terlalu kemaruk pingat emas sampai sanggup mengorbankan prestij acara badminton.

Ada juga yang berharap Myanmar akan menang, agar Kemboja tidak berjaya kali ini selepas peraturan yang dianggap gila.

Seorang netizen berkata: “Myanmar, kamu sekarang harapan kami semua.”