Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) melantik ketua jurulatih baharu bagi menghadapi baki saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bekas pengendali pasukan muda kelab China, Guangzhou R&F iaitu Ryu Hirose dilantik sebagai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Felix Dalmas yang telah tamat kontrak baru-baru ini.

Ryu Hirose mempunyai sedikit pengalaman membimbing pasukan di Asia Tenggara dimana sebelum ini beliau merupakan ketua jurulatih kelab Thai League 1, Samut Prakan City FC.

Pengendali berusia 65 tahun ini bukan sahaja diberi tanggungjawab untuk menguruskan pasukan bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan malah beliau juga menguruskan skuad B-22 tahun negara itu.

Hirose bakal menguruskan pasukan pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam dan juga edisi 2023 yang mana bakal berlangsung di Kemboja.

Hirose akan bekerjasama dengan bekas pemain skuad kebangsaan Jepun iaitu Keisuke Honda yang memegang peranan sebagai pengurus pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Nurshamil Semakin Menyerlah Bersama Kelantan, Akui Selesa Bekerja Dengan Ragini

Stuart Ramalingam: Jangan Salah Anggap Kes Insa, Ia Perlukan Masa

3 Perkara Penting Dalam Kenyataan Balas PFAM Berkaitan Tuntutan Tunggakan Gaji 5 Bekas Pemain Kelantan FC