Pendahulu sainga Thai League 1, BG Pathum United semalam baru sahaja melancarkan bas terbaru mereka untuk digunakan sebagai pengangkutan utama kelab sepanjang musim 2020/2021 ini.

Kemasan dalaman bas tersebut yang dilengkapi dengan pelbagai ameniti terkini mirip seperti tempat duduk penerbangan ‘business class’ itu dilihat mampu memberikan keselesaan kepada para pemain yang terlibat dalam perlawanan ditempat lawan.

Menurut kemaskini laman Facebook rasmi BG Pathum United itu juga, mereka menjelaskan bahawa bas terbaru ini adalah salah satu dari usaha dan sokongan kelab untuk memastikan para pemain tidak mengalami keletihan ketika terlibat dengan perjalanan yang jauh.

Dalam sesi pengenalan bas terbaru mereka semalam, 4 pemain utama BG Pathum United telah dibawa untuk merasai ameniti yang ada dalam bas itu sebelum digunakan secara rasmi dalam perlawanan hujung minggu ini apabila mereka akan bertandang ke Sukhothai dalam perlawanan ke 10 liga.

Kelab BG Pathum United ketika ini berada ditakhta liga dan dijangka bakal menerima slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2021 tanpa sebarang masalah berdasarkan prestasi mereka setakat ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

“Malaysia Adalah ‘Comfort Zone’ Saya, Thai League Adalah Cabaran Baru Dan Saya Perlu Buktikan Kemampuan.” – Sumareh

Buriram United Bawa Pulang Ketua Jurulatih Paling Berjaya, Alexandre Gama Bakal Kembalikan Zaman Kegemilangan

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim