Masa depan Rozaimi Abdul Rahman bersama Johor Darul Ta’zim masih menjadi tanda tanya selepas pemain itu memuat naik satu gambar di Instagram miliknya yang memberi bayangan bulan April merupakan bulan terakhir beliau bersam skuad Harimau Selatan.

Jika benar bekas pemain skuad bawah 23 tahun negara ini meninggalkan JDT, empat pasukan di bawah boleh dijadikan sebagai destinasi beliau yang seterusnya bagi mencari semula sentuhan emas sepertimana ketika beliau memperkenalkan diri kepada saingan Liga Malaysia pada 2012.

1. PKNS FC

PKNS FC
Sumber Gambar: Goal.com

PKNS FC terus menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini. Dengan kehadiran Datuk K.Rajagopal, Rozaimi dilihat mempunyai peluang untuk mengembalikan semula prestasi beliau.

2. Kedah

Fernando Rodriguez
Sumber Gambar: Futsal.asia

Penghijrahan Syazwan Zainon dan Akhyar Rashid membuatkan Kedah mempunyai barisan pemain sayap yang terhad. Kehadiran Rozaimi boleh memberikan ketua jurulatih pasukan, Aidil Shahrin lebih ramai pilihan pemain untuk diturunkan.

3. Selangor

Amri Yahyah
Sumber Gambar: Asiana.my

Selangor ketika ini berdepan dengan krisis kecederaan pemain dimana beberapa pemain terpaksa berehat panjang. Jika Rozaimi menyertai Selangor, beliau akan memberikan pilihan pemain yang lebih ramai untuk B.Sathianathan bahkan berpeluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.

4. Petaling Jaya City FC

Petaling Jaya City FC
Sumber Gambar: Utusan

Petaling Jaya City menunjukkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Super musim ini. Rozaimi berpotensi untuk membina semula karier beliau dengan menyertai pasukan bimbingan K.Devan ini.

Itulah dia 4 pasukan yang boleh dijadikan destinasi seterusnya jika Rozaimi meninggalkan Johor Darul Ta’zim. Apa yang pasti, Rozaimi perlu menyertai pasukan yang boleh menjanjikan tempat dalam kesebelasan utama.