Baru-baru ini, peminat bola sepak tanah air sedang hangat membincangkan tentang seorang pemain muda berusia 14 tahun dari Terengganu iaitu Aqil Shamsul setelah video beliau bermain bola viral di media sosial.

Dalam video tersebut, Aqil bermain dengan pasukan yang dibarisi oleh pemain dewasa namun itu tidak menjadi penghalanh untuk beliau menampilkan persembahan yang cukup cemerlang di bahagian tengah.

Menurut perkongsian Football Terengganu, Aqil sememangnya berada dalam keluarga bola sepak dimana abangnya, Arsyad Shamsul merupakan pemain bagi skuad Terengganu IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Bapanya iaitu Shamsul ‘Matcang’ merupakan lagenda skuad futsal negeri tersebut dimana beliau menjadi ketua pasukan sehingga umur 44 tahun.

Aqil Shamsul sendiri ketika ini berlatih dibawah Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP).

Kemampuan Aqil bukan saja menarik perhatian peminat bola sepak tanah air tapi juga dari negara seberang iaitu Indonesia.

Salah seorang penyokong iaitu Mafia Wasit memberikan pesanan kepada Aqil agar tidak membuat akaun Instagram atau Tiktok sehingga mempunyai pengurus untuk menguruskan hal media sosial.

Selain itu, Mafia Wasit juga berharap agar Aqil beraksi di liga luar negara dan keluar daripada saingan bola sepak Asia Tenggara.