Persiapan skuad kebangsaan Vietnam bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 sedikit terjejas apabila pemain tengah pasukan itu, Nguyen Hoang Duc dilaporkan mengalami kecederaan ketika sesi latihan kelmarin.

Menurut laporan daripada Bongdaplus, pemain yang berusia 23 tahun itu disahkan patah tulang di kaki kirinya berdasarkan laporan x-ray. Bagaimanapun, Hoang Duc tetap turun menjalani latihan ringan semalam walaupun doktor menasihatkan agar berehat dalam beberapa hari.

187065834_1230283924073848_2802600625612593224_n
Hoang Duc pemain terbaharu yang masuk dalam senarai pemain cedera skuad Vietnam. FOTO: Bongdaplus

Hoang Duc merupakan pemain kedua Vietnam yang mengalami kecederaan dalam sesi latihan. Sebelum ini, seorang lagi pemain tengah, Xuan Truong turut mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Duy Manh dalam keadaan padang basah.

Situasi itu mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminat bola sepak Vietnam selepas mereka turut kehilangan bintang tengah, Do Hung Dung yang patah kaki sehingga terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022.

Bilangan pemain yang cedera semakin bertambah sehingga memaksa pengendali pasukan, Park Hang-seo memikirkan pelan B untuk membawa barisan yang terbaik ke Dubai, UAE.

truong-1
Xuan Truong berlanggar dengan Duy Manh ketika dalam sesi latihan kelmarin. FOTO: Duc Cuong/Bongdaplus

Selain Xuan Truong dan Hoang Duc, tiga lagi pemain yang mengalami kecederaan ialah bintang pertahanan, Van Hau, Van Xuan dan Trong Hoang.

Van Hau memerlukan masa selama 3-4 minggu lagi untuk kembali berlatih bersama pasukan manakala Van Xuan dan Trong Hoang dijangka akan kembali selepas seminggu.

Vietnam akan berlepas ke UAE pada 26 Mei dan mereka juga berhadapan satu lagi masalah apabila tiga lagi pemain dari kelab Song Lam Nghe An FC tidak dapat lapor diri kerana terlibat dalam khidmat negara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai

RASMI: AFC Sahkan DPR Korea Menarik Diri, ‘Menyusahkan’ Pasukan Lain Harungi Pusingan Kelayakan

Thailand Mungkin Kehilangan Khidmat Chanathip Hadapi Baki Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022