Kem skuad kebangsaan Vietnam semalam terkejut apabila menerima berita bahawa penjaga gol kacukan yang mereka harapkan dapat membantu mereka dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan Republik Czech.

Filip Nguyen yang kini beraksi bersama kelab Slovan Liberec, telah menunggu hampir setahun untuk proses dokumentasi untuk membolehkan beliau memegang pasport Vietnam, namun berdasarkan beberapa laporan media tempatan Vietnam ia kelihatan seperti tiada sebarang kemajuan.

Lebih menarik, nama Filip Nguyen telah disahkan berada dalam panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Republik Czech bagi perlawanan UEFA Nations League berdepan Scotland pada hari Isnin.

Dan dalam satu kemaskini melalui laman sosial Facebook beliau sendiri, Filip Nguyen menyatakan bahawa selepas berbincangan dengan keluarganya beliau memutuskan untuk menyahut panggilan tersebut.

Dia juga ada menceritakan bahawa sudah tidak mampu untuk menanti bagi mendapatkan kewarganegaraan Vietnam selepas 3 tahun memohon.

Sekiranya Filip Nguyen diturunkan dalam perlawanan bertemu Scotland nanti, ini bermakna peluang untuk beliau beraksi dengan skuad bimbingan Park Hang-seo akan tertutup rapat dan dia mengharapkan penyokong faham dengan situasi yang dialami.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

City Football Group (CFG) Mahu Beli Portimonense SC, Peluang Besar Terbuka Luas Untuk Safawi Rasid

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya