Persiapan skuad kebangsaan Thailand bagi menghadapi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun ini terjejas apabila 2 pemain serta 4 staff disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan yang dijalankan ke atas seluruh pasukan.

Oleh sebab itu, sesi latihan mereka terpaksa dihentikan sementara dan semua pemain dikuarantin sehingga memperolehi keputusan negatif dalam ujian saringan yang seterusnya.

Sebelum ini, semua pemain dan pegawai pasukan itu telah pun menerima suntikan vaksin dan keadaan dijangka akan bertambah baik sehingga mereka berlepas ke UAE pada 21 Mei 2021.

Ketiadaan sesi latihan selama beberapa hari juga berpotensi memberi impak kepada tahap kecergasan dan prestasi pemain Thailand kerana peluang mereka untuk dapat slot automatik Piala Asia 2023 semakin tipis.

Malah, Liga Thailand musim 2020/2021 sudah pun menutup tirainya sejak bulan lepas dan para pemain pasukan itu tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama beberapa minggu.

Skuad kendalian Akira Nishino kini berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan G dibelakang Vietnam dan Malaysia. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 7 mata untuk berada dalam carta tempat kedua terbaik.

Bagaimanapun, sasaran itu semakin sukar untuk dicapai selepas kem latihan mereka terganggu oleh penularan wabak pandemik. Negara Thailand kini telah merekodkan hampir 2000 kes COVID-19 setiap hari sekaligus berisiko menyebabkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dijangkiti wabak itu sebelum berangkat ke UAE.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Korea Utara Tarik Diri Daripada Kelayakan Piala Dunia 2022, Bakal Beri Impak Pada Kedudukan Pasukan

Asnawi Mangkualam Dipilih Sebagai Pemain Terbaik Saingan K-League 2 Bulan April

UAE Rancang Benarkan Kemasukan Penyokong Untuk Kelayakan Piala Dunia 2022