Seorang pengguna laman sosial Twitter yang dikenali dengan nama Sharizam telah memuat naik 3 keping gambar yang memaparkan kelibat bekas penyerangn lagenda pasukan Kedah suatu ketika dahulu, Marlon Alex James yang sedang mengadakan aktiviti kemasyarakatan di sebuah sekolah di Union Island.

Apa yang mengundang keterujaan peminat bola sepak Malaysia adalah apabila Marlon Alex James memakai jersi pasukan kebangsaan Malaysia ketika menyertai aktiviti itu yang mencetuskan perasaan terharu.

Nama yang tidak asing lagi di bumi Kedah, beliau antara lagenda pasukan tersebut di era kegemilangan double-trebel pada musim 2007 dan 2008 dibawah kendalian ketua jurulatih Azrai Khor.

Marlon Alex James telah memutuskan untuk mengakhiri kerjaya bolasepak beliau selepas mengalami kecederaan berpanjangan dan kembali ke negara asalnya, St. Vincent & Grenadines.

Sejarah 6 piala dalam 2 musim berturut-turut ini mungkin tidak berulang tetapi nama Marlon Alex James akan kekal dalam lipatan sejarah pasukan Kedah.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

102,712 Penonton Hadir Ke Stadium Untuk Liga Super Dan Liga Premier, 3 Venue Catat Bawah 1,000 Penonton

Park Hang-seo Pasrah Hilang Khidmat Tonggak Pertahanan Do Duy Manh Berdepan Malaysia Akibat Kecederaan

Stadium Nasional Bukit Jalil Jadi Gelanggang Sementara Skuad Gergasi Merah