Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Belanda menunggu sehingga lewat perlawanan untuk memastikan mereka layak. Ini kerana mereka terikat dengan Norway tanpa jaringan sepanjang 83 minit. Jika Norway mencipta kemenangan lewat di Rotterdam, Belanda akan terlepas ke Piala Dunia secara total, kerana terlepas slot play off sekalipun.

Ini kerana dalam satu lagi perlawanan Turki sedang mendahului Montenegro. Segalanya ada kemungkinan pada aksi kumpulan G semalam.

Belanda pastinya sedar bahawa, keciciran mata dalam aksi berdepan Montengro sebelum ini membuatkan mereka tidak boleh melakukan kesilapan yang sama lagi.

Namun pada minit ke-84, Belanda mendapat gol pertama menerusi Steven Bergwijn yang melakukan rembatan dengan kaki luarnya.

Pada kedudukan 1-0, Norway terpaksa mengambil risiko untuk mencari gol penyamaan dan cuba memenangi perlawanan dalam 5 minit terakhir yang mereka ada.

Norway menolak kesemua pemain mereka ke zon serangan. Namun mereka dihukum oleh Belanda menerusi risiko yang sudah dijangka / calculated risk, dan ianya terpaksa mereka ambil.

Belanda melakukan serangan balas dan mencipta situasi 3 vs 1 dari garisan tengah padang. Bergwijn menggunakan kepantasannya. Dan ketika di hadapan penjaga gol, pemain sayap Spurs itu memilih untuk melorongkan bola kepada Memphis Depay.

Depay berjaya merembat masuk, untuk menjadikan kedudukan 2-0. Ianya gol ke-12 Depay dalam pusingan kelayakan kali ini.

Aksi di antara kedua dua pasukan tidaklah begitu mengujakan kerana kedua duanya bermain dengan sistem yang lebih berhati hati.

Sehinggalah Louis Van Gaal memutuskan untuk menukar pendekatan mereka pada separuh masa kedua.

Norway terpaksa akur dengan kehebatan Belanda pada 10 minit terakhir perlawanan. Di mana Belanda mara ke Piala Dunia Qatar 2022.

Ianya pasti hari yang sangat menggembirakan peminat Belanda yang sebelum ini terlepas slot ke Piala Dunia 2018.

Manakala Norway terlepas untuk ke sana. Slot play off milik Turki.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group