Setelah direhatkan hampir 3 bulan, saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 pusingan ketiga zon Asia kembali bersambung hari ini untuk mencari 4 wakil ke kejohanan bola sepak yang paling berprestij di planet bumi.

Antara perlawanan yang menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara hari ini ialah pertembungan diantara Australia menentang Vietnam di Stadium Rectangular di Melbourne.

Pengendali Vietnam, Park Hang-se mengakui Australia merupakan sebuah pasukan yang sangat kuat dan mempunyai kelebihan dari segi fizikal serta bermain di tempat sendiri.

“Pasukan kami telah kalah dalam semua perlawanan dan belum mengutip sebarang mata. Australia, lawan kami berada di kedudukan ketiga dan mereka mahu menang di tempat sendiri.

“Sudah tentu sebagai pasukan pelawat, kami mahu bawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Melbourne,” kata Park Hang-seo ketika sidang media semalam.

Berdasarkan kedudukan dalam kumpulan B, Vietnam masih gagal mengutip sebarang mata dan berada di kedudukan tercorot selepas mengharungi 6 perlawanan manakala Australia berada di kedudukan ketiga dengan 11 mata.

Skuad Socceroos memerlukan tiga mata untuk memotong kedudukan Jepun yang berada di tangga kedua untuk mencerahkan peluang rebut tiket automatik ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Susah nak cari kelemahan pada pasukan yang kuat seperti Australia. Saya rasa mereka lebih kuat kali ini. Apa yang saya boleh kata, Vietnam tidak mempunyai pemain dengan fizikal yang hebat seperti Australia. Walaupun ada kekurangan, kami akan cuba dapatkan keputusan yang terbaik,” jelas Park Hang-seo.

Vietnam juga tidak dapat menurunkan barisan terkuat seperti dalam saingan Piala Suzuki AFF di Singapura bulan lalu. Beberapa tonggak utama seperti Nguyen Tuan Anh, Ha Duc Chinh, Dang Van Lam, Doan Van Hau dan Nguyen Trong Hoang masih mengalami kecederaan.

Manakala, penyerang utama, Nguyen Tien Linh dan Nguyen Van Toan tidak dapat diturunkan kerana menjalani proses kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Sasalak Haiprakhon Kembali Ke Buriam United

Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri

Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC

Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B