Pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 zon asia bermula hari ini. 12 pasukan terbaik akan bertarung merebut 4 tiket automatik beraksi dalam pertandingan yang paling berprestij dunia di Qatar.

Vietnam merupakan satu-satunya wakil dari asia tenggara dan skuad kendalian Park Hang-seo itu kini memburu impian beraksi di pentas tertinggi dalam karier bola sepak.

Tugas pertama cukup sukar apabila mereka dijadualkan menentang pasukan di ranking 61 dunia, Arab Saudi pada awal pagi esok di Stadium Universiti King Saud. Namun begitu, Vietnam tidak gentar dengan reputasi lawan, mereka sedia melakukan kejutan dan membawa pulang 3 mata penuh.

“Arab Saudi adalah pasukan terbaik di Asia dan ada kelebihan tuan rumah. Saya jangkakan perlawanan ini sangat sukar tetapi kami sudah buat persiapan rapi dan cukup bersedia untuk beraksi.

“Vietnam pasukan yang paling lemah dalam kumpulan B. Sudah tentu Arab Saudi akan bermain mati-matian demi mengutip 3 mata dan kami perlu mencari jalan untuk mendapatkan kemenangan.

“Beraksi di padang pasukan lawan juga memberi tekanan tambahan kepada pemain. Saya percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik,” kata Park Hang-seo dalam VnExpress.

Arab Saudi telah bermain dalam Piala Dunia sebanyak 5 kali. Berdasarkan rekod, Vietnam tewas 0-4 dan 0-5 kepada lawan yang sama ketika kelayakan Piala Dunia 2002.

“Ini kalu pertama Vietnam layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia tetapi kami mempunyai pengalaman bertemu pasukan timur tengah di Piala Asia 2019 dan Sukan Asia 2018. Saya percaya dengan kemampuan pemain.

“Kami akan membawa semangat Vietnam. Menariknya, perlawanan ini berlangsung pada Hari Kebangsaan Vietnam. Saya harap pemain cukup bersemangat untuk memberi kegembiraan kepada penyokong,” tambah Park Hang-seo.

Selepas bertemu Arab Saudi, mereka akan menentang satu lagi lawan yang sukar iaitu Australia pada 5 September di Stadium My Dinh, Hanoi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Pengadil Malaysia Dipilih Kendalikan Perlawanan Akhir Piala Dunia Bola Sepak Pantai

Madam Pang Dilantik Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan Thailand

Song Ui-young Pemain Naturalisasi Baharu Singapura