Skuad kebangsaan Vietnam mengejutkan peminat bola sepak Asia apabila mencatat keputusan seri 1-1 ke atas pasukan gergasi, Jepun dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Saitama hari ini.

Beraksi di hadapan 60,000 penonton, Vietnam langsung tidak gentar dengan barisan pemain berkualiti Jepun dan mereka terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi tandukan Nguyen Thanh Binh pada minit ke 19 hasil sepakan sudut.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1508766729886830598?s=20&t=sjerM2YsA-k-iVZQHEZYyw

Tersentak dengan gol itu, skuad kendalian Moriyasu kembali bangkit mencari jaringan penyamaan namun mereka gagal menembusi benteng pertahanan Vietnam yang beraksi cemerlang mengekang beberapa percubaan berbahaya tuan rumah. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Enggan dimalukan di halaman sendiri, Jepun terus bermula dengan garang pada separuh masa kedua dan usaha mereka membuahkan hasil apabila kapten pasukan, Maya Yoshida menyamakan kedudukan pada minit ke 54 sekaligus menceriakan para penyokong yang telah hadir.

Gol itu berpunca daripada kesilapan penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen Manh yang gagal menangkap kemas bola rembatan Genki Haraguchi sekaligus disudahkan oleh Maya Yoshida. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1508778966777171974?s=20&t=sjerM2YsA-k-iVZQHEZYyw

Bagaimanapun, keputusan seri itu tidak menjejaskan kedudukan Jepun yang terlebih dahulu mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menghuni kedudukan teratas kumpulan B dengan 22 mata.

Namun begitu, kempen kelayakan Piala Dunia 2022 adalah kejayaan yang membanggakan bagi pasukan Vietnam kerana mereka berjaya mengutip 4 mata hasil 1 kemenangan dan 1 seri, ia adalah pencapaian yang gagal dikecapi oleh mana-mana pasukan lain dari Asia Tenggara setakat ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Perlawanan Persahabatan: Ikhsan Fandi Hampakan Skuad Negara

ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi