Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi menunggu keputusan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai status perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berikutan penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata pihaknya kini menunggu keputusan rasmi sama ada perlawanan yang dijadualkan, terutamanya perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada hujung bulan ini akan diteruskan ataupun ditunda ke satu tarikh yang lain.

Kelayakan
Sumber Gambar: FAM

“Kami masih menunggu keputusan AFC tetapi pada masa ini, SOP (prosedur operasi standard) masih berjalan seperti biasa sehingga pengumuman rasmi.

“Ia kerana perkara ini akan dibincangkan di tahap FIFA dan FIFA tidak akan hanya memikirkan di peringkat Asia,” kata Stuart menurut laporan Stadium Astro.

Kelayakan
Aksi Syafiq Ahmad dan Corbin Ong dalam perlawanan bertemu UAE.

AFC telah mengadakan satu mesyuarat tergempar melibatkan kesemua negara terlibat dalam saingan peringkat kelayakan pada Ahad lalu.

Badan induk bola sepak Asia itu kemudiannya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) minggu ini.

Baca artikel lain mengenai perlawanan bola sepak yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 di sini:

Wabak Covid-19: Saingan Thai League 1 Tetap Berjalan Mengikut Jadual

Luqman Hakim Tunda Penerbangan Ke Eropah Ekoran Penularan Wabak Covid-19

FAM Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Bahrain Kerana COVID-19, BFA Akur Arahan Kerajaan Bahrain