Pasukan bola sepak wanita negara mengalami kekalahan pada perlawanan pembukaan kumpulan H saingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 pada semalam.

Malaya Tigress turun menentang Thailand, pasukan yang pernah beraksi pada temasya Piala Dunia Wanita edisi 2019 lalu dan pasukan negara nyata sukar untuk menandingi kehebatan pasukan lawan sekaligus tewas dengan keputusan 4-0.

Thailand menunjukkan kualiti sebenar mereka apabila menjaringkan dua gol pada empat minit pertama permainan menerusi Kanyanat Chetthabutr Nattawadee Pramnak.

Kanyanat kemudiannya mencipta dua lagi jaringan masing-masing pada minit ke-37 dan lewat permainan sekaligus menjaringkan hatrik dan kemenangan besar buat pasukannya pada aksi pertama peringkat kelayakan kumpulan H.

Ketiadaan saingan liga yang kompetitif selain tempoh persediaan yang singkat nyata menjadi pemisah antara pasukan negara dan juga Thailand yang dilihat berada di tahap yang berbeza dengan pasukan negara pada aksi semalam.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga FA negeri wajar untuk memberikan perhatian kepada pembangunan bola sepak wanita negara agar skuad kebangsaan mampu untuk memberi cabaran apabila beraksi di pentas antarabangsa.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Jordan Dan Uzbekistan Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Oktober

PAFA Ambil Keputusan Bubarkan Perak II

Terjah Dada Lawan, Tolak Pengadil Dan Tumbuk Papan Penggantian, Sharbinee Digantung 5 Perlawanan Serta Denda RM7,000