Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan bola sepak wanita negara meraih kemenangan pertama pada aksi kelayakan Piala Asia Wanita 2022 ketika menentang Palestine semalam.

Selepas tewas kepada Thailand dengan keputusan 4-0 pada perlawanan pertama, skuad Malayan Tigress memerlukan kemenangan bagi menutup saingan kelayakan dengan tiga mata penuh.

Aksi menentang Palestine menyaksikan penguasaan yang ditampilkan oleh pasukan negara dan Malaysia berjaya menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Andrea Lee membuka tirai jaringan pada minit ke-57 dimana beliau mudah menolak masuk bola selepas pertahanan Palestine gagal untuk mengeluarkan bola.

Ketua pasukan, Steffi Sidhu kemudiannya menjaringkan gol kedua pasukan negara menerusi sepakan percuma dari jarak jauh yang gagal ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol pasukan lawan.

Kemenangan ke atas Palestine dianggap satu pencapaian yang baik memandangkan pasukan wanita negara mempunyai waktu persediaan yang singkat dan serba kekurangan.

Kempen kelayakan kali ini diharap dapat membuka mata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FA negeri untuk lebih memberikan perhatian terhadap perkembangan bola sepak wanita tanah air.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Kelayakan Piala Asia Wanita 2022: Malaysia Tewas Pada Aksi Pembukaan

Piala Suzuki AFF: Diundi Dalam Kumpulan ‘Neraka’, PSSI Yakin Indonesia Ke Separuh Akhir

Sri Pahang Rancang Bina Pusat Latihan Lengkap

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group