Skuad Bola Sepak Palestin menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tiket ke Piala Asia 2023 selepas membelasah Filipina 4-0 di Mongolia sebentar tadi. Keputusan ini menyaksikan Palestin dinobatkan sebagai juara kumpulan B dengan rekod tanpa kalah.

Dua jaringan Saleh Chihadeh dan Tamer Seyam pada separuh masa pertama dan 2 jaringan daripada Mohammed Yameen dan Mahmoud Abu Warda pada separuh masa kedua memastikan tiga mata menjadi milik Palestine sekaligus layak ke Piala Asia buat kali ketiga dalam sejarah bola sepak mereka.

Keputusan tersebut bermakna Malaysia ada peluang untuk layak ke Piala Asia 2023 secara merit menerusi slot tempat kedua terbaik kumpulan dengan syarat mencatat keputusan seri atau menang dalam perlawanan menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Selain Palestin, 6 pasukan lain yang turut menempah tiket ke Piala Asia 2023 setakat ini ialah Palestin, Uzbekistan, Thailand, India, Hong Kong, Krygyzstan dan Tajikistan.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada tahun 1980 di Kuwait dimana skuad negara menamatkan saingan kumpulan B ditempat ke-3 dengan 5 mata dan berjaya menjaringkan 5 gol dalam 5 perlawanan.

Selain itu, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Piala Asia 2007 namun sekadar menjadi pasukan belasahan sehingga mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada peminat bola sepak tempatan.

Adakah Malaysia akan mencipta sejarah malam ini? Saksikan perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh secara langsung di saluran TV9. Anda boleh strim menerusi Tonton, Astro saluran 149 atau myFreeview saluran 109!

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Ratusan Penyokong Bangladesh Dijangka Banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil Esok

Syafiq Ahmad Mahu Buktikan Kemampuan Jika Diberikan Peluang Beraksi

Khalid Ali Bimbang De Paula Tak Tahu Fungsinya Sebagai Penyerang Utama

Amaran Presiden FAM Kepada Pemain: “Jangan Lena Dibuai Dengan Sanjungan Dan Pujian”