Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan rasmi sebentar tadi, mengesahkan bahawa perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin.

Menurut kenyataan rasmi AFC itu, keputusan diambil setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 disamping memberikan prioriti kepada semua ahli yang terlibat.

AFC juga telah memaklumkan bahawa perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 itu akan diadakan pada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti. Venue perlawanan pada ketika ini masih belum ditetapkan dan ia dibuka untuk bidaan mana-mana ahli (MA) yang terlibat.

kelayakan akhir piala asia

Baca juga: Kali Terakhir Malaysia Layak Ke Piala Asia Secara Merit 41 Tahun Yang Lalu

Mana-mana negara yang berminat untuk menjadi hos kepada perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 ini perlu memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh AFC untuk membolehkan mereka dipertimbangkan pencalonan.

Dengan keputusan ini juga, undian bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan juga dijangka akan berlangsung sekitar bulan Februari 2022 dan kedudukan pasukan dalam balang undian juga diramalkan akan menggunakan ranking FIFA yang terkini sebelum majlis undian diadakan.

Maklumat lanjut mengenai kelayakan akhir Piala Asia 2023 akan dikemaskini dalam artikel seterusnya.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Kali Terakhir Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia Secara Merit Adalah 41 Tahun Lalu Di Kuwait 1980

Gaji Naik 160% Serta Peluang Merebut Tempat Ke AFC Cup Ditolak Mentah-Mentah Oleh Pemain Liga Premier

Kelab Odisha FC Dedahkan Kasut Liridon Krasniqi Yang Penuh Bergaya