Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah menjalankan undian kelayakan Piala Asia B-23 2022 dan pasukan negara diundi dalam kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia.

Selepas undian dijalankan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa mereka akan menghantar skuad Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) untuk mengharungi pusingan yang dijadualkan bermula pada 27 hingga 31 Oktober 2021.

Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, ini merupakan program jangka panjang FAM bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis dan berikut adalah enam pemain yang boleh dipanggil bagi memperkuatkan skuad B-20 tahun sedia ada.

1. Arif Aiman Hanapi

AFC B-23
Sumber Gambar: JST

Arif Aiman merupakan salah seorang pemain muda terbaik dalam saingan Liga Super musim ini. Ekoran prestasi cemerlang yang ditampilkan, baru-baru ini Arif dipanggil menyertai pasukan senior.

2. Luqman Hakim

AFC B-23
Sumber Gambar: FAM

Kita sudah sedia maklum dengan kualiti serta kemampuan yang dimiliki oleh pemain yang beraksi bersama KV Kortrijk ini. Sama seperti Arif, Luqman juga pernah dipanggil bagi beraksi bersama skuad senior.

3. Jaami Qureshi

AFC B-23
Sumber Gambar: Brighton & Hove Albion

Mampu beraksi dimana-mana posisi di bahagian serangan dan juga pemain nombor 10, Jaami dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti skuad B-20 tahun negara.

4. Azhad Harraz

AFC B-23
Sumber Gambar: Sportflex Images

Tampil bersama skuad muda tidak menghalang Azhad untuk menampilkan prestasi terbaik sekaligus menjadi antara pemain tempatan yang menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Perdana musim ini.

5. Alif Haikal Lau

AFC B-23
Sumber Gambar: Selangor

Sekiranya FAM mahu membawa pemain yang berusia di atas 20 tahun, maka pemain yang berada di senarai 5 hingga 8 ini dilihat mampu untuk memperkuatkan pasukan yang dibimbing oleh Brad Maloney.

Alif Haikal menjadi pilihan pengendali Selangor, Karsten Neitzel bagi mengemudi bahagian tengah dan setakat ini beliau menampilkan persembahan yang baik dalam saingan Liga Super.

6. Ramadhan Saifullah

AFC B-23
Aksi Ramadhan berjaya curi perhatian Cheng Hoe. Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Meskipun sedikit tenggelam musim ini apabila kehilangan tempat kepada Arif Aiman di Johor Darul Ta’zim (JDT), namun keboleha yang dimiliki oleh Ramadhan dilihat mampu untuk meningkatkan kualiti di bahagian serangan.

7. Feroz Baharudin

AFC B-23
Sumber Gambar: Harimau Selatan X

Beraksi di posisi pertahanan kanan, Feroz turut menyinar dalam saingan Liga Perdana bersama JDT II apabila menjaringkan 3 gol setakat ini.

8. Azmeer Aris

AFC B-23
Sumber Gambar: Penang FC

Azmeer antara pemain Penang yang menyerlah dalam saingan Liga Super musim ini. Beliau boleh memberikan cabaran kepada pemain sedia ada, Umar Hakeem untuk mengisi posisi pertahanan kiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

FAM Hantar Skuad Bawah 20 Tahun Hadapi Kelayakan Piala Asia B-23 Di Mongolia

MA Ranking: JDT Raih 4 Mata Berharga Bantu Malaysia Kekalkan Slot AFC Champions League Musim 2023

Bekas Pemain Bayern Munich, Javi Martinez Sertai Qatar SC