Hari ini kempen Kelayakan Kejohanan AFC B-19 2020 akan membuka tirainya apabila skuad bawah Malaysia bawah 18 tahun (B-18) dijadualkan menentang Kemboja di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh pada pukul 7.30 malam.

Skuad kendalian Brad Maloney itu diundi dalam Kumpulan G bersama Thailand, Brunei, Kepulauan Mariana Utara dan pasukan tuan rumah, Kemboja. Juara kumpulan dan tempat kedua terbaik akan mendapat tiket beraksi di pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 pada tahun depan.

Biarpun Malaysia merupakan pasukan pilihan untuk melakar kemenangan pertama malam ini namun Maloney tidak mahu anak buahnya memandang mudah pada semua pasukan lawan.

“Saya menjangka mereka akan lebih berdaya saing. Kami bekerja keras dengan cara kami mahu bermain. Pastinya sekian lama kami melaksanakan prinsip permainan yang dihasratkan. Harap kami akan terus melakukannya.

“Terdapat satu atau dua pasukan pilihan, jadi pastinya laluan kami tidak akan mudah tetapi jika dapat memperagakan aksi yang terbaik dan mengikut rentak permainan yang ingin ditonjolkan, maka saya pasti Malaysia boleh berjaya,” ​​​​​​​ katanya dalam Stadium Astro.

73100867_2473428552753894_8764861239802200064_n
Sidang media praperlawanan yang dihadiri oleh kelima-lima ketua jurulatih iaitu (dari kiri) – Ithsara Sritharo (Thailand), Brad Maloney (Malaysia), Koji Gyotoku (Kemboja), Mohd Ikhmarul Izzat (Brunei) dan Michiteru Mita (Kepulauan Mariana Utara). FOTO: FAM

Kemboja yang dikendalikan oleh jurulatih Jepun, Koji Gyotoku, telah menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, pada bulan lepas. Mereka memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan sokongan padu daripada ribuan penyokong.

“Sememangnya kami menjangkakan perlawanan sukar berdepan Kemboja. Mereka akan diperkuat penyokong di laman sendiri dan saya berharap pemain-pemain mampu menampilkan aksi terbaik,” tambahnya.

AFC U19

Daripada 23 pemain yang menyertai skuad ini, 12 daripadanya merupakan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala selebihnya datang daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia negeri masing-masing.

16 pemain yang membantu Malaysia muncul sebagai naib juara Kejohanan AFF B-18 pada bulan lalu turut dikekalkan. Malah, Maloney turut membawa 7 muka baharu. Antara muka baharu yang tersenarai ialah Alif Mutalib, Azrul Haikal Ramlee, Raimi Shamsul dan Hazim Abu Zaid.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad bawah 18 tahun negara melalui pautan dibawah. 

Kelayakan AFC B-19: Brad Maloney Senaraikan Tujuh Muka Baharu Dalam Skuad Malaysia B-18

Luqman Hakim Mahu Bawa Malaysia Ke Kejohanan B-19 AFC 2020

Skuad Malaysia B-18 Ada Potensi Layak Ke Pusingan Akhir AFC B-19

Sumber