Semalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 23 pemain yang dipilih membawa cabaran negara dalam kempen Kelayakan AFC B-19 2020 di Phnom Penh, Kemboja dari 2 hingga 10 November ini.

Daripada 23 pemain tersebut, 12 daripadanya merupakan pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) manakala selebihnya datang daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia negeri masing-masing.

16 pemain yang membantu Malaysia muncul sebagai naib juara Kejohanan AFF B-18 pada bulan lalu turut dikekalkan. Malah, pengendali skuad itu, Brad Maloney turut membawa 7 muka baharu bagi memperkuatkan pasukan itu.

Antara muka baru yang tersenarai ialah Alif Mutalib, Azrul Haikal Ramlee, Raimi Shamsul dan Hazim Abu Zaid.

74974789_2469207739842642_8389594253340180480_n
FOTO: FAM

Mereka akan membuka kempen menentang tuan rumah, Kemboja pada 2 November 2019 (Sabtu) dan Brunei pada 6 November 2019 (Rabu) pada pukul 7.30 malam (waktu Malaysia).

Kemudian, mereka akan menentang Kepulauan Mariana Utara pada 8 November 2019 (Jumaat) dan Thailand pada 10 November 2019 (Ahad) pada jam 4.30 petang (waktu Malaysia).

“Kami hanya melakukan persiapan dan apa yang saya pentingkan adalah pasukan harus terus mara ke depan. Kami akan mempersiapkan diri untuk berdepan tuan rumah Sabtu ini. Ia bakal menjadi ujian getir,” katanya dalam Stadium Astro.

73482730_2469208266509256_2063989462290923520_n
FOTO: FAM

Sebelum ini, skuad negara dibawah menjalani latihan di Dubai, UAE dan telah menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang skuad B-19 UAE. Mereka mencatat kemenangan 1-0 dan kemudian tewas 1-3 pada perlawanan kedua.

Selain itu, barisan remaja negara menang mudah ke atas Sri Lanka 4-0 serta menewaskan Taiwan 5-0 dalam perlawanan pemanas badan yang diaturkan pada minggu lepas.

“Ia memang aksi persahabatan dan memiliki objektif berbeza. Saya tidak memikirkan keputusan asalkan pemain menerapkan prinsip yang diamalkan ketika latihan,” tambahnya.

Sementara itu, kapten skuad B-18 negara, Mukhairi Ajmal yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya bagi mencapai misi layak ke Kejohanan AFC pada tahun depan.

“Saya berharap rakan sepasukan memberikan komitmen terbaik dalam sesi latihan. Saya mula berasa kami beraksi dengan lebih cemerlang serta teknikal dan taktikal,” katanya.

Imbas kembali prestasi skuad Malaysia B-18 ketika dalam Kejohanan AFF B-18 pada bulan lalu. 

Dua Jaringan Luqman Hakim Bantu Malaysia Tewaskan Australia

Jaringan Harith Haiqal Bawa Malaysia Mara Ke Final AFF B-18

5 Pemain Malaysia Yang Menyinar Dalam Kejohanan AFF B-18 Pilihan Vocket FC

Sumber