Skuad bawah 15 tahun (B-15) negara dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Kemboja, 7-0 dalam perlawanan pertama kumpulan J kelayakan AFC B-16 2020 di Stadium Nasional Vientiane, Laos semalam.

Kemenangan besar itu turut memberi amaran awal kepada pencabar lain, Laos dan Jepun dan memastikan skuad kendalian P. Maniam menghuni kedudukan teratas kumpulan J dengan tiga mata bersama Jepun tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

RESULT KELAYAKAN AFC B16-01

Dalam perlawanan itu, Malaysia lebih menguasai perlawanan apabila hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka akaun jaringan menerusi sepakan penalti selepas Akid Mohd Zamri dijatuhkan oleh penjaga gol Kemboja, Heng Ratanakbandith.

Tidak sempat Kemboja memperkemaskan corak permainan, Malaysia terus menambah jaringan melalui rembatan kencang Adam Farhan Mohd Faizal pada minit ke-16.

Kesilapan pertahanan lawan membuahkan hasil apabila Akid mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol ketiga negara pada minit ke-22 sebelum sekali lagi menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-30 untuk meletakkan kedudukan Malaysia 4-0 pada separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan dengan gawang Kemboja terus menjadi sasaran apabila Muhammad Harry Danish Mohd Haizon menjaringkan gol kelima menerusi tandukan selepas tandukan pertamanya terkena palang pada minit ke-52.

Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin meledak gol keenam negara pada minit ke-64 sebelum Mohamad Khairil Mohd Zain menutup tirai jaringan pada minit terakhir perlawanan.

Selepas ini, skuad negara akan berdepan dengan pasukan tuan rumah, Laos, Jumaat ini sebelum menutup pusingan kelayakan menentang Jepun, Ahad ini.

Lagi artikel mengenai perkembangan skuad negara di saingan kelayakan AFC B-16 2020.

Lima Pemain Malaysia B-15 Terpaksa Disisihkan Akibat Demam Dan Selesema

Kelayakan AFC B-16: Maniam Mahu Pemain Fokus Dalam Setiap Perlawanan