Skuad Helang Merah hari ini berangkat ke Seoul, Korea Selatan bagi menghadapi saingan kelayakan kedua AFC Champions League 2020 menentang FC Seoul yang akan berlangsung pada hari selasa ini (28 Januari 2020).

Mereka bertolak lebih awal bagi membiasakan diri dengan keadaan cuaca sejuk yang dijangka mencecah suhu bawah 2 darjah celsius.

Mengulas mengenai persiapan menentang FC Seoul, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar mahu rakan sepasukannya melupakan segera kemenangan 5-1 ke atas Tai Po FC dan menumpukan perhatian terhadap misi untuk layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League.

“Kemenangan besar itu memberi motivasi tambahan kepada kami sebelum menentang FC Seoul. Bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk melupakan kemenangan itu, dan mula memberi tumpuan kepada lawan berikutnya.

“Berdasarkan apa yang saya lihat setakat ini, FC Seoul adalah lawan yang berkualiti, dan kita semua tahu pasukan Liga Korea memang kuat. Ramai pemain mereka bermain di Malaysia, dan kami dapat melihat kualiti mereka,” kata Baddrol.

FC Seoul pada minggu lalu telah menentang kelab gergasi Bundesliga, Vfl Wolfsburg dalam perlawanan persahabatan dan mencatat keputusan seri 1-1.  Mereka turut menentang Swiss Club Servette tetapi tewas 1-2 sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Korea.

Pasukan itu juga dikendalikan oleh lagenda bola sepak Korea Selatan, Choi Yong-soo dan diperkuatkan oleh bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong, pemain skuad kebangsaan Serbia, Aleksandar Pesic dan pemain tengah dari Sepanyol, Osmar Barba.

78693102_2587167081337703_2213988321770602496_o
FOTO: FC Seoul

Menurut Baddrol, FC Seoul merupakan pasukan yang mengamalkan corak permainan pantas dan berdisiplin.

 

“They are very organised. One will expect Seoul to have most of the ball possession, so as a team, we have to be tight with our play.

“Weather will also be a factor, so we have to adapt quickly. This season, we have several quality players, so we are all on our toes –including myself.”

“Mereka sangat teratur. Seseorang akan pastikan FC Seoul memegang bola, jadi sebagai satu pasukan, kita harus meningkatkan corak permainan kami.

“Cuaca juga akan menjadi cabaran utama, jadi kita perlu menyesuaikan diri dengan cepat. Musim ini, kita mempunyai beberapa pemain berkualiti, jadi kita semua sudah bersedia termasuk saya sendiri. ” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Kedah dalam saingan kelayakan AFC Champions League 2020.

Kelayakan ACL 2020: Cuaca Sejuk Jadi Cabaran Utama Skuad Helang Merah Di Seoul

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia