Kem skuad Helang Merah kini boleh menarik nafas lega apabila penyerang import pasukan itu, Kpah Sherman sudah tiba di Korea Seltan bagi menghadai saingan kelayakan AFC Champions League menentang FC Seoul pada petang ini.

Sebelum ini, pemain dari Liberia itu dilaporkan mengalami masalah visa sehingga tidak dapat menaiki kapal terbang bersama rakan sepasukan. Seorang lagi pemain iaitu Khairul Helmi Johari turut dihalang bertolak bersama pasukan kerana ada tunggakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

Bagaimanapun, isu visa Kpah Sherman berjaya diselesaikan semalam dan beliau sempat menjalani latihan ringan pada hari ini. Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris melalui laporan dalam Berita Harian.

“Kita akui memang ada isu visa beliau sebelum ini namun ianya sudah selesai, Kpah akan ke sana dan terpulang kepada Aidil Sharin untuk membenarkan beliau bermain atau tidak.

“Cumanya kita risau penerbangannya mengambil masa sedikit, jika dia dapat bermain, Alhamdulilah. Jadi kita perlu lihat pada keadaan dia malam esok (hari ini) macam mana,” katanya.

83186293_3037501676282289_8149434572799475712_o
Kpah Sherman menjalani latihan ringan pagi tadi. FOTO: FA Kedah

Mengulas mengenai perlawanan menentang FC Seoul pada hari ini, Asmirul yakin dengan kemampuan pemain Kedah walaupun lawan mempunyai barisan yang lebih berkualiti dan mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa.

“Mereka (pemain gantian) mempunyai tahap hampir sama dengan pemain utama. Jadi saya percaya dan yakin bahawa kesebelasan utama ini akan mencatatkan kemenangan di Korea Selatan. Doa diperlukan dari rakyat Kedah dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sebagai pemain profesional, perubahan cuaca tidak boleh dijadikan alasan dan mereka perlu bersiap sedia kepada segala kemungkinan tidak kira tempat, padang dan sebagainya,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Kedah dalam saingan Kelayakan AFC Champions League 2020 yang mungkin anda terlepas pandang.

Kelayakan ACL 2020: Kedah Hadapi FC Seoul Tanpa Khidmat Kpah Sherman?

Kelayakan ACL 2020: Cuaca Sejuk Jadi Cabaran Utama Skuad Helang Merah Di Seoul

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Sumber