Skuad Helang Merah sudah pun berada di Seoul, Korea Selatan namun kelibat tonggak utama, Kpah Sherman tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan itu sejak semalam.

Ianya sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat setia Kedah sama ada penyerang dari Liberia itu akan beraksi dalam perlawanan kelayakan pusingan play-off AFC Champions League 2020 (ACL) menentang FC Seoul esok.

Menurut sumber daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Kpah Sherman tidak dapat terbang ke Korea Selatan kelmarin kerana mempunyai masalah dengan visanya. Seorang lagi pemain iaitu Khairul Helmi Johari turut dihalang bertolak bersama pasukan kerana ada tunggakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN).

“Kpah Sherman mempunyai masalah dengan visanya manakala Khairul Helmi ada masalah dengan LDHN. Mereka berdua sangkut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Bagaimanapun, terdapat sumber tidak rasmi mengatakan isu visa Kpah Sherman berjaya diselesaikan dan pemain itu sudah pun bertolak ke Korea Selatan hari ini.

Namun, pengendali skuad Helang Merah, Aidil Shahrin Sahak enggan mengesahkan perkembangan itu dan beliau sudah ada perancangan lain jika Kpah Sherman tidak dapat beraksi.

82763493_3030950703604053_1277864375285186560_o
FOTO: KFA

Dalam pertandingan ACL, hanya 4 pemain import dibenarkan beraksi di atas padang. Kedah tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah yang digantung 4 perlawanan akibat mengutip kad merah ketika mewakili Home United dalam saingan AFC Cup.

Jika berjaya menewaskan FC Seoul, Kedah akan layak ke peringkat kumpulan ACL dan berada dalam kumpulan E bersama kelab dari China, Beijing Guoan FC, juara Thai League 1, Chiangrai United dan satu lagi slot daripada pemenangan pusingan play-off sama ada Kashima Antlers atau Melbourne Victory.

FC Seoul pada minggu lalu telah menentang kelab gergasi Bundesliga, Vfl Wolfsburg dalam perlawanan persahabatan dan mencatat keputusan seri 1-1. Mereka turut menentang Swiss Club Servette tetapi tewas 1-2 sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Korea.

Pasukan itu juga dikendalikan oleh lagenda bola sepak Korea Selatan, Choi Yong-soo dan diperkuatkan oleh bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong, pemain skuad kebangsaan Serbia, Aleksandar Pesic dan pemain tengah dari Sepanyol, Osmar Barba.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Kedah dalam saingan Kelayakan AFC Champions League 2020.

Kelayakan ACL 2020: Cuaca Sejuk Jadi Cabaran Utama Skuad Helang Merah Di Seoul

AFC MA Ranking: Kedah FA Mula Menyumbangkan Mata Untuk MA Ranking Malaysia

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC