Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui tugas sukar sedang menanti anak buahnya apabila bakal menghadapi FC Seoul pada pusingan ketiga kelayakan AFC Champions League (ACL) di Stadium Piala Dunia Seoul, Korea Selatan pada 28 Januari ini.

Skuad Helang Merah bukan sahaja perlu menentang lawan yang lebih kuat dan berkualiti tetapi turut berdepan cabaran beraksi dalam cuaca sejuk yang boleh mencapai suhu bawah negatif.

“Kita berdepan tugas yang lebih berat dan mencabar bertemu FC Seoul kerana perlu beraksi di dalam perubahan cuaca yang cukup besar. Keadaan cuaca di sana adalah 2 celcius berbanding di sini 36 celcius,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Tai Po FC kelmarin.

83020023_3020408381324952_8838492698835943424_o
FOTO: Kedah FA

Kedah akan berangkat ke Korea Selatan pada hari Sabtu ini dan Aidil tuntut pemain bekerja keras dua kali lebih ganda jika mahu beraksi di pentas ACL pada musim 2020.

Jelasnya, kualiti yang dimiliki kelab-kelab di Korea Selatan adalah lebih baik berbanding pasukannya namun beliau percaya dalam sukan bola sepak apa-apa sahaja boleh terjadi.

“Bukan mudah untuk beraksi di pentas ACL dan mendapat keputusan yang baik seperti ini (tewaskan Tai Po FC 5-1). Kita perlu terus fokus pada aksi seterusnya dan melupakan segera kemenangan ini.

“Ini satu permulaan yang baik kerana untuk beraksi di pentas ACL bukan semua pasukan mempunyai peluang terbaik ini. Pada aksi seterusnya kita mengharapkan yang lebih baik daripada mereka kerana kita tidak boleh mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh sebelum ini,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Kedah musim 2020 melalui pautan dibawah.

Gara-Gara ‘Leak’ LOTTO Malaysia Nafi Mahu Tarik Penajaan Kedah FA, Serah Bukti Kepada Peguam Untuk Tindakan

Langkah Pengurusan Kedah FA Haramkan Kuaci Di Stadium Darul Aman Wajar Dipuji

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC