Slot AFC Champions League 2019, saingan bola sepak peringkat kelab yang tertinggi di Asia yang akan dapat ditentukan seawal minggu ini apabila pertembungan diantara Selangor dan Pahang dalam perlawanan akhir Shopee Piala FA 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ramai yang sudah mengetahui bahawa juara unifi Liga Super Malaysia 2018 akan mendapat slot diperingkat kumpulan dan juara bagi kejohanan Shopee Piala FA 2018 akan mendapat 1 slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019.

Johor Darul Ta’zim mampu untuk mengesahkan slot mereka diperingkat kumpulan AFC Champions League 2019 pada 10 Julai 2018. Kedudukan semasa Johor Darul Ta’zim ditakhta unifi Liga Super Malaysia dengan pasukan ditempat ke 2, Perak adalah sebanyak 13 mata.

Kemenangan keatas Perak nanti akan menjadikan jarak perbezaan sebanyak 16 mata dengan baki 4 perlawanan dan pastinya tiada pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga dari Johor Darul Ta’zim lagi.

Juara Shopee Piala FA Malaysia 2018 Dan Isu Lesen Kelab Pahang FA

Bertindak atas keengganan pasukan Pahang FA menghantar pasukan ke kejohanan AFC Cup 2018, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan untuk melarang pasukan Pahang untuk memohon lesen kelab untuk tempoh 2 tahun – 2019 dan 2020.

Jawatankuasa Tatatertib FAM, mendapati Pahang FA telah melanggar Artikel 14, Statut FAM dan larangan tersebut akan menyebabkan Pahang FA tidak layak untuk beraksi dalam pusingan kelayakan 2 AFC Champions League 2019 nanti walaupun bergelar juara Shopee Piala FA 2018.

selangor fa
SUMBER: SELANGOR FA

Selangor FA hanya akan mendapat slot itu, sekiranya mereka berjaya muncul sebagai juara Shopee Piala FA 2018.

Jika Selangor muncul sebagai naib juara, slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019 akan diberikan kepada pasukan ditangga ke 2 unifi Liga Super 2018, berdasarkan kriteria 12 dalam “Entry Manual – AFC Club Competition 2017-2020“.

afc champions league 2019

Berdasarkan kepada situasi diatas, Pahang FA sudah pasti terlepas peluang untuk beraksi dalam kejohanan peringkat Asia bagi 2019 dan 2020.

Selangor sepatutnya menggunakan peluang ini untuk menjuarai Shopee Piala FA 2018 dan seterusnya menerima slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019.