Kelab Bolasepak Kelantan United (KUFC) semalam mengumumkan telah menandatangani perjanjian rakan kerjasama dengan Shonan Bellmare, kelab bolasepak dari Jepun yang beraksi di divisye utama, J.League.

Menurut kenyataan rasmi, kerjasama ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antaranya sebagai ahli Perikatan Bola Sepak Asia Bellmare (BAFA) dengan Shonan Bellmare, dalam usaha untuk pembangunan kelab.

Antara kandungan perjanjian termasuklah menghantar jurulatih untuk pasukan senior, pertukaran pemain, dan menyokong kem latihan.

Di samping itu, di peringkat akademi dan akar umbi pula, mereka akan mengadakan latihan dengan penyertaan pemain remaja, latihan bagi jurulatih akar umbi serta menyertai kejohanan remaja di Jepun.

“Kata sepakat ini terhasil selepas perbincangan secara maya antara pengurusan tertinggi kedua belah pihak. Pihak Kelantan United mengucapkan terima kasih kepada Ahli Lembaga Penasihat KUFC, Encik Hiroshi Hamada diatas usaha beliau merealisasikan hasrat dan visi kelab,” tulis kenyataan rasmi.

Selain Kelantan United, terdapat juga 6 kelab lain sekitar Asia yang berada dibawah naungan BAFA iaitu Beung Ket FC (Kemboja), Nongbua Pitchaya (Thailand), David Aguilas (Filipina), Wohan Three Towns (China, Sudeva Delhi (India) dan FC Chanthabouly (Laos).

Selain itu, Kelantan United juga akan menjalinkan usahasama didalam bidang perniagaan dan perkongsian maklumat, termasuk jualan penaja bersama kelab-kelab ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Jadual Liga Malaysia 2022 Sudah Dikemaskini, Beberapa Perlawanan Akan Bermula Pukul 8.15 Malam

RASMI: Luno Diumumkan Selaku Rakan Pelaburan Kripto, Penaja Liga Super Malaysia Dan Piala Malaysia 2022

Kedah Tekad Kalahkan JDT Untuk Jadi Juara Liga Super 2022