Selepas pasukan Kelantan dilihat sudah menemui penyelesaian apabila dibeli oleh ZamSaham, kini timbul pula beberapa isu panas pergolakan dalam skuad Kelantan United yang disahkan merehatkan ketua jurulatih mereka, Zahasmi Ismail dan 2 pembantu jurulatih iaitu Sazami Shafii serta Zahariman Ghazali.

Menurut beberapa maklumat dari sumber terdekat menyatakan bahawa Nazrol Erwan Makmor akan memulakan tugas selaku ketua jurulatih mulai hari ini bersama pembantunya Hamdan yang juga merupakan ketua  jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan United.

Berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat oleh Kelantan United, faktor prestasi pasukan selepas tewas dalam 3 perlawanan berturut-turut dijadikan sebagai punca utama 3 jurulatih pasukan itu direhatkan.

Gaji Pemain Tertunggak 2.5 Bulan Sejak Jun 2020

Mungkin sebelum ini ramai yang melilhat pasukan Kelantan United adalah pasukan yang ambil cakna mengenai kebajikan pemain dan tiada isu berkaitan pembayaran gaji didedahkan.

Namun, terkini pemain-pemain Kelantan United sudah mengalami tunggakan gaji selama 3 bulan sejak bulan Jun 2020.

Bagaimanapun, melalui maklumat yang kami terima, pengurusan pasukan Kelantan United baru menjelaskan sebanyak 50% gaji bulan Jun dan ini bermakna kelab itu masih tertunggak sebanyak 2.5 bulan gaji kepada pemain-pemain.

Irfan Bakti Dan Ismail Zakaria Tolak Tawaran Kelantan United

Sebelum ini, dilaporkan juga pihak pengurusan tertinggi kelab telah membuat tawaran kepada 2 ketua jurulatih ternama iaitu Irfan Bakti dan Ismail Zakaria untuk mengemudi pasukan.

Namun kedua-dua jurulatih itu telah menolak tawaran yang diberikan oleh Kelantan United, dan kini Nazrol Erwan Makmor dan juga Hamdan akan mengemudi pasukan menjelang perlawanan seterusnya.

Walaupun pada 9 September lalu pihak FAM telah meluluskan penswastaan kelab Kelantan United, namun kini mereka tidak boleh merasa selesa kerana perlesenan kelab masih belum diluluskan, apatah lagi dengan tunggakan gaji 2.5 bulan ketika ini dilihat akan membantutkan proses tersebut.

Selain itu, isu padang latihan juga kini menjadi persoalan apabila pihak stadium hanya membenarkan sesi latihan dijalankan sebanyak 4 kali seminggu sahaja (1 sesi selama 2 jam), dan kelab tidak mempunyai padang lain yang ddidaftarkan.

Inilah realiti semasa kelab Kelantan United yang mula memperlihatkan permulaan kepada situasi biasa dalam industri bola sepak di Kelantan sebenarnya.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Irvin Cardona Sumbat Gol Gaya ‘Shaolin Soccer’, Hikmat Tendangan Bola Diatas Angin

Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid Jamlus, Bakal Dipamerkan Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Isu Pengadil: Penjaga Gol Sabah Terkeluar Dari Posisi, Sepakan Penalti PJ City Perlu ‘Retake’ Atau Tidak?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group