Pasukan Kelantan United melalui satu kemaskini melalui laman sosial mereka semalam mengesahkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama dengan sebuah jenama minuman probiotik terkenal iaitu Yakult Malaysia.

Pertemuan empat mata Presiden Kelantan United Football Club (KUFC), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi dengan Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada di Kuala Lumpur petang semalam, memuktamadkan kerjasama tersebut bagi musim 2021.

Dengan perkembangan ini, dijangka akan ada beberapa wajah Jepun yang akan menghiasi pasukan Kelantan United dalam aksi Liga Premier 2021 nanti.

Tinjauan diruangan komen Facebook rasmi Kelantan United juga mendapati bahawa para penyokong kelab itu sudah mulai ‘naik seh’ dengan apa yang sedang berlaku dan ada yang mula mengaitkan Akira Higashiyama akan dilantik sebagai ketua jurulatih selain sekurang-kurangnya 1 atau 2 pemain Jepun.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara berkenaan pemain aatau jurulatih yang akan menyertai pasukan Kelantan United, namun dari maklumat yang diterima beberapa minggu lalu, 2 warga Jepun akan menyertai pasukan itu jika semuanya berjalan lancar.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: Persija Jakarta Umum Ryuji Utomo Dipinjamkan Ke Pasukan Pulau Pinang Musim 2021

FA Thailand Mahu Anjur Liga U21 Mulai 2021, Platform Akira Nishino Pantau Pemain Generasi Baharu

Pemain Thai League Ini Sumbat Gol Persis Jaringan David Beckham Ketika Manchester United Bertemu Wimbeldon Pada 1996