Semalam, terdapat satu insiden yang tidak diingini telah berlaku ketika perlawanan Liga Premier diantara Perak II menentang Kelantan United (KUFC) dimana terdapat dua pemain KUFC bergaduh sesama sendiri selepas tamat perlawanan di Stadium Perak.

Menurut kenyataan rasmi, dua pemain yang terlibat ialah pemain import dari Gambia, Gassama Alfusainey dan pemain pinjaman dari Penang, Zafuan Azeman. Walaupun, pasukan itu mencatat kemenangan 4-0, Gassama dilaporkan telah menumbuk Zafuan sehingga dilayangkan kad merah.

“Kelantan United Football Club (KUFC) mengambil maklum dengan serius insiden pergaduhan Gassama Alfusainey dan Zafuan Azeman sebaik sahaja wisel tamat perlawanan menentang Perak II dibunyikan pengadil bertugas.

“Insiden itu menyebabkan Gassama dilayangkan kad merah. Pihak kelab juga turut mengambil maklum berkenaan kad merah yang dilayangkan kepada pemain gantian, Asraff Alifuddin,” tulis kenyataan rasmi.

Disebabkan oleh insiden itu, dua pemain tersebut dihantar pulang dan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan menentang JDT II di Stadium Larkin pada hari ahad ini.

“KUFC tidak akan berkompromi sama sekali berkaitan disiplin jurulatih, pegawai atau pemain dengan membelakangi semangat kesukanan. Kami akan menyiasat dengan segera dua insiden berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas jika pemain yang terlibat didapati melanggar prinsip ‘Fair Play’.

“Justeru itu, atas insiden terbabit, pihak kelab telah mengambil tindakan drastik dengan menghantar pulang dua pemain terbabit ke Kota Bharu selepas perlawanan. Mereka berdua tidak akan bersama pasukan di Larkin.

“Oleh kerana pihak kelab dan pasukan kini sedang memberi fokus kepada perlawanan ketiga dalam masa 7 hari di laman lawan menentang JDT II, siasatan penuh insiden dan tindakan yang akan diambil kepada pemain bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku lagi pada masa akan datang seterusnya memburukkan nama Kelantan United FC akan dilakukan sekembalinya ke Kota Bharu,” kata unit media KUFC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

‘Badi’ Seri Sudah Melekat Pada Pasukan Sri Pahang

Perlawanan Melibatkan KDA Dan Kuching City Ditunda Ke Tarikh Baharu

Liga Super 2021: Kebangkitan Babak Kedua Beri Kemenangan Buat JDT Atasi UiTM FC

Liga Super 2021: Terengganu Berpesta, Belasah Perak Di Gong Badak