Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menarik nafas lega apabila permohonan lesen untuk bersaing di Liga Malaysia (Liga M) 2020 diluluskan oleh Malaysia Football League (MFL).

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, kelulusan lesen itu melonjakkan lagi semangat pihak pengurusan pasukan untuk terus bekerja keras dalam mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

Dalam satu kemaskini melalui laman sosial rasmi Kelantan FA tengahari semalam, pasukan itu telah memuat naik sekeping gambar sijil perlesenan kelab yang telah diterima oleh mereka dari FAM.

“Walaupun diberikan kelulusan secara bersyarat, namun ia cukup menggembirakan kita.

“Alhamdulillah KAFA berjaya memenuhi lima daripada enam syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya kepada Kelantan FA hari ini.

Husin memberitahu, aspek kewangan sahaja lagi yang masih belum dipenuhi oleh KAFA yang merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen.

Katanya, KAFA akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kiteria tersebut.

“KAFA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam memenuhi aspek perlesenan bagi musim 2020,” ujarnya.

Dengan kelulusan ini, bermakna pihak KAFA secara rasmi sudah boleh mengikat kontrak pemain-pemain dan jurulatih pasukan skuad The Red Warriors untuk menghadapi cabaran Liga Premier 2020 seterusnya mencari tempat untuk kembali ke Liga Super 2021.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Melaka, PDRM Dan Kelantan Berdepan Risiko Terkeluar Dari Saingan Liga Jika Terus Ingkar

Nazrin Nawi Hampir Pasti Menyertai Pasukan Kelantan, KAFA Masih Memburu Beberapa Pemain Berstatus Bintang

Kelantan Ambil Serius Isu Pemotongan Mata Liga Premier 2020